Wednesday, March 10, 2010
Monday, February 15, 2010
UNSUR SENI - GARISAN
Pengenalan
Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen yang penting dalam gubahan sesuatu karya seni visual yang terdiri daripada Garisan, Rupa, Bentuk, Warna, Ruang dan Jalinan.
Garisan
Garisan merupakan cantuman satu siri titik ke titik yang lain dalam jarak yang tertentu. Garisan merupakan elemen terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis. Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
Jenis-jenis Garisan
Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. Terdapat berjenis-jenis garisan yang boleh dihasilkan contohnya:
a) garisan tebal
b) garisan nipis
c) garisan berlingkar
d) garisan berpancar
e) garisan bengkang-bengkok
f) garisan beralun
g) garisan melintang
h) garisan tegak
i) garisan condong
Pelbagai jenis garisan
Olahan Garisan dalam karya seni
Garisan Boleh Menimbukan Perasaan
1. Garisan tegak akan menimbulkan perasaan teguh.
2. Garisan melintang menimbukan perasaan tenang.
3. Garisan beralun menimbulkan perasaan cemas.
4. Garisan berpancar menimbulkan tenaga.
Contoh garisan dari objek alam semulajadi
Contoh garisan dari objek buatan manusia
Fungsi Garisan
1. Garisan yang bercantum akan menimbulkan rupa.
2. Struktur garisan mewujudkan bentuk.
3. Olahan teknik garisan menimbulkan ton pada bentuk.
4. Garisan mewujudkan ruang melalui saiz, jarak dan intensiti yang berbeza.
5. Garisan menghasilkan jalinan pada objek.
6. Garisan menghasilkan corak.
Aplikasi Garisan Pada Karya Seni
Monday, January 11, 2010
UNSUR WARNA
PENGENALAN WARNA
Warna ialah tindakbalas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Sesuatu objek lebih dikenalpasti melalui warna yang ada adanya seperti merah, biri, kuning, hijau, jingga, ungu dan lain-lain.
JENIS-JENIS WARNA
1. Warna Asas / Warna Primer
Warna asas atau warna utama terdiri daripada biru, kuning dan merah. Warna-warna ini tidak boleh terhasil melalui campuran warna lain. Warna asas adalah warna-warna yang paling hebat daya tarikannya.
2. Warna Kedua / Warna Sekunder
Warna ini terhasil daripada campuran dua waran utama. Contohnya MERAH campur BIRU menghasilkan UNGU, BIRUcampur K UNINGmenghasilkan HIJAU, dan MERAH campur KUNING menghasilkan JINGGA. Merupakan kumpulan warna yang kedua hebat tarikannya.
3. Warna Ketiga / Warna Tertier
Warna Ketiga terhasil daripada campuran satu warna utama dan satu warna kedua. Warna tertier dapat menimbulkan kesan yang lembut. Warna Tertier dapat mengurangkan kehebatan warna utama dan warna kedua jika diunakan bersama.
GUBAHAN WARNA
1. Warna Neutral
Iaitu gabungan warna yang boleh disesuaikan dengan semua jenis warna. Contoh kumpulan warna neutral adalah seperti di bawah.
Warna neutral digunakan dalam padanan warna pakaian
Iaitu warna yang hampir sama. Warna harmoni dikenali
juga sebagai warna sekeluarga. Kesan penggunaan warna harmoni ialah 'menyenangkan' mata memandang.
Warna harmoni dalam catan
Warna penggenap ialah kombinasi warna yang kedudukannya bertentangan dalam roda warna. Warna penggenap dikenali sebagai 'complementary color'. Kombinasi warna pengenap adalah seperti berikut:
Merah penggenap Hijau
Kuning penggenap Biru
Biru penggenap Jingga
Contoh padanan warna penggenap
4. Sewarna
Sewarna ialah gubahan warna yang menggunakan satu warna dengan beberapa ton. Dikenali juga sebagai monokromatik. Sewarna dapat dihasilkan dengan campurkan warna asal dengan putih untuk mendapatkan tona terang manakala campurkan warna asal dengan hitam akan menghasilkan tona gelap.
Sewarna ialah gubahan warna yang menggunakan satu warna dengan beberapa ton. Dikenali juga sebagai monokromatik. Sewarna dapat dihasilkan dengan campurkan warna asal dengan putih untuk mendapatkan tona terang manakala campurkan warna asal dengan hitam akan menghasilkan tona gelap.
Berikut contoh gubahan sewarna yang terdapat dipersekitaran kita
FUNGSI DAN PERANAN WARNA
1. Warna menimbulkan bentuk
3. Warna sebagai penyamaran
4. Warna menimbulkan 'mood' atau perasaan
Warna kuning, merah dan jingga dikenali sebagai warna panas. Gabungan warna-warna ini menimbulkan perasaan ceria, gembira dan meriah.
5. Warna menghasilkan jalinan