Saturday, January 22, 2011

LUKISAN

TAJUK : LUKISAN
Pengenalan Lukisan
  1. Melukis atau menggambar adalah seni visual yang dihasilkan dalam 2 dimensi.  
  2. Lukisan lebih tertumpu pada penggunaan media kering seperti pensil, arang, pastel, krayon, grafit pensel, pen dan pelbagai media kering yang lain. 
  3. Lukisan dihasilkan permukaan 2D seperti  kertas, plastik, kanvas, kulit, permukaan dinding dan sebagainya.
Definisi Lukisan
  1. Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal dalam penghasilan catan, cetakan, arca dan sebagainya. 
  2. Lukisan dapat difahami dengan melihat penghasilan imej yang mengutamakan nilai garisan, ton dan juga bayang bagi menghasilkan bentuk objek.
Sejarah Lukisan
  1. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.
  2.  Lukisan awal manusia telah ditemui sejak zaman batu. 
  3. Di Malaysia, bukti sejarah luksian telah ditemui di gua Niah, Sarawak, Gua Tambun, Perak.
  4. Di Perancis, lukisan purba terdapat di Gua Lascaux.
  5. Kesan penemuan sejarah lukisan ini  kebanyakkannya menggambarkan tentang pemburuan dan pengembaraan.

Lukisan purba di Gua Niah, Sarawak.

Lukisan zaman purba di Gua Tambun, Perak.


     7.  Perkembangan seni lukis di Eropah berkembang selari dengan perkembangan catannya. 
          Pelukis zaman itu membuat lukisan sebagai lakaran awal dalam proses menghasilkan catan dan   cetakan.
     8. Zaman Renaissance atau dikenali sebgai 'Zaman Pembaharuan', pelukis-pelukis Itali yelah     menggunakan pelbagai bahan dan teknik dalam catan.
    9.  Revolusi Eropah telah memperkembangkan seni lukisan kepada reka bentuk.  Pelukis Albrecht  Durer dan Leonardo da Vincci memperkenalkan skala dalam lukisan figura.


Leonarda da Vincci memperkenalkan skala melukis figura.

    Teknik-teknik Dalam Lukisan


    Lihat perbezaan hasilan lukisan menggunakan pelbagai teknik berbeza di bawah ini. Pemilihan media dan teknik dalam lukisan perlu disesuaikan dengan objek yang hendak dilukis. Penggunaan media dan teknik yang sesuai akan memperlihatkan jalinan, ton dan bentuk yang berkesan dalam lukisan.
     
    1. Teknik Garisan Kontor (Contour line)
    Vodeo 1: Contour line drawing tutorial           

    Teknik garisan kontor dalam lukisan.
      
    2. Teknik Garisan Bersilang (cross-hatching)
    Video 2: Tutorial melukis menggunakan teknik garisan bersilang.
    Teknik garisan bersilang
    3. Teknik gosokan (shading)
    Video 3: Tutorial melukis menggunakan teknik lutsinar.
    Teknik gosokan
    4. Teknik Titik-titik (pointilism)
    Video 4: Tutorial melukis menggunakan teknik pointilism.
    Teknik titik-titik (pointilism) Cara Melukis Objek  Geometri