Sunday, February 26, 2012

KRSV SPM 2012 - Reka Bentuk Industri



Tugasan 3
Bidang : Reka Bentuk
Tajuk    : Industri
Produk : Bekas Alatan Melukis Mudah Alih


Situasi
Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yang mudah dibawa.


Tugasan
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukis yang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas.


Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis.
2. Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis.
3. Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan.
4. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
5. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
6. Lukisan perspektif dari sudut yang menarik.
7. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
8. Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.




1. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis.







Saturday, February 25, 2012

KRSV SPM 2012 - Hiasan Dalaman





Tugasan 2


Bidang  : Reka Bnetuk
Tajuk     : Hiasan Dalaman
Produk  : Ruang Bilik Bayi


Situasi
Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruang
bilik bayi.


Tugasan
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yang
dilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspek
keselamatan dan keselesaan kepada bayi.


Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.
2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai.
3. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.
4. Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala.
5. Kajian warna ruang bilik.
6. Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih.
7. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih.
8. Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan






1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.


Menggunakan rona hijau dan merah jambu























2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai.




3. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.


Friday, February 24, 2012

KRSV SPM 2012 - Reka Corak

Calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV SPM boleh download soalan kerja kursus tahun ini di  http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf

Saya telahpun meneliti soalan-soalan kerja kursus seni SPM tahun ini satu persatu.  Calon-calon perlu memilih dan menjawab soalan yang benar-benar dapat membantu calon skor dengan baik dalam kerja kusus anda.  Kebanyakan soalan menarik. Jadi, calon perlu mencari bahan terlebih dahulu untuk mendapatkan sumber ilham.

Saya akan membantu pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan samada dalam bentuk bergambar maupun video yang berkaitan. Semoga ianya dapat memberi idea sedikit sebanyak kepada calon dalam melaksanakan tugasan KRSV anda. 



TUGASAN 1

BIDANG  : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK  : REKA CORAK
PRODUK  : REKA CORAK KASUT KANVAS

SITUASI
Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk
pasaran tempatan.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan




Tonton Video Mencorak Permukaan Kasut

Video 1



Video 2



Video 3

Video 4



1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.

\






 





2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.


mandarin fish




















Anda boleh mendapatkan lebih banyak hidupan marine bila anda klik SINI.




4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.

mandarin fish


penyu














Sebagai pencecetus idea, berikut beberapa contoh kasut kanvas bercorak hidupan marin.  Gambar ini hanya sebagai panduan sahaja, pelajar dinasihatkan tidak meniru dari gambar yang ada.   Perlu diingat bahawa hasil kerja pelajar hendaklah ASLI.































Contoh tugasan yang perlu ada dalam folio untuk tajuk ini (hanya sebagai pencetus idea..)













Lakaran Olahan Idea



N


Lakaran di bahagian hadapan kasut.  Lakaran hendaklah ditunjukkan di hadapan dan belakang kasut.





Pwlajar perlu membuat beberapa lagi lakaran idea supaya dapat membuat pilihan  idea yang terbaik.

Sila teruskan langkah selanjutnya...Semoga Berjaya!