Tuesday, May 29, 2012

LUKISAN MENGGUNAKAN MEDIA OIL PASTEL


Still Life in Oil Pastels
Objek alam benda adalah subjek terbaik untuk kita belajar kemahiran melukis dan mewarna.  Ia mengajar kita untuk melihat objek dari segi perspektif, gubahan, warna, jalinan dan bentuk.


Realistik dan mengkagumkan!Itulah yang ingin saya luahkan tentang perasaan saya bila menikmati keindahan hasil lukisan ini...



Untuk menghasikannya, alatan dan bahan yang perlu ada ialah:

  • Sekotak warna oil pastel
  • 2 helai Kertas Katrij (180gms)
  • Beberapa helai tisu dapur
  • Pisau palet atau yang serupa untuk menggores lapisan warna yang berlebihan disamping mencipta kesan jalinan. 

Art Materials for Still Life in Oil Pastels

Langkah-langkah seterusnya sila klik DISINI  
Selamat Mencuba!


Thursday, May 24, 2012

APA MAKSUD JAWATAN KHAS UNTUK PENYANDANG? (KUP)




Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) ialah jawatan yang diwujudkan bagi mengekalkan atau menyesuaikan gred hakiki penyandang apabil berlaku perbezaan dengan hakiki jawatan yang disandarkan.  Jawatan yang diwujudkan itu adalah KUP sahaja dan akan dihapuskan sebaik sahaja penyandang meninggalkan jawatan tersebut.  Ia diwujudkan dalam keadaan berikut:


a)  Untuk membetulkan keadaan yang mana penyandang-penyandang jawatan telah diberi tanggagaji yang berbeza dengan tanggagaji yang telah diluluskan bagi jawatan tersebut mengikut skim perkhidmatan jawatan itu.  Keadaan ini berlaku hasil daripada urusan perubahan gaji;


b)  Berikutan dengan perubahan dalam dasar perkhidmatan Kerajaan hasil dari pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan/Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan;


c)  Untuk menampung pegawai-pegawai yang mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan yang jumud;


d)  Atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan, iaitu setelah;


i.  Penyandang jawatan tersebut dinaikkan pangkat sedangkan jawatannya  tidak dinaik taraf; dan
ii.  Jawatan yang disandang oleh pegawai berkenaan dinaikkan atau diturunkan tarafnya.


e)  Untuk menampung pegawai-pegawai yang telah diletakkan di satu peringkat oleh Tribunal Perkhidmatan Awam sungguhpun peringkat jawatan tersebut tidak dibekalkan di dalam skim perkhidmatannya.



Wednesday, May 16, 2012

'SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK DIMANA SAJA BERADA"








Antara tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah menjadi guru yang mendidik umatnya untuk mengakui keesaan Allah dan membuktikan pengakuannya itu dengan menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.  Terdapat tiga proses penting yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini iaitu tilawah (baca), ta'alim (mengajar) dan tazkiyyah (pembersihan).  Gabungan tiga unsur ini ditegaskan Allah SWT dalam ayat yang bermaksud:
Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (QS al-Jumu’ah)
Bertitik tolak dari kenyataan berkenaan, Islam sangat memandang tinggi kerja sebagai seorang guru apabila profesion itu berjaya menerapkan tiga unsur asasi sebagaimana yang disebut dalam ayat diatas iaitu 1- proses membacakan ilmu ayat-ayat Allah mahupun tanda-tanda kebesaran Allah atau di panggil sebagai proses memindahkan ilmu kepada anak murid. 2- proses pembersihan pegangan anak murid dari pegangan yang sesat kepada pegangan yang benar, mentauhidkan Allah , merasakan kebesaran Allah swt dengan merasa dirinya sangat kerdil di hadapan Allah dan 3- bukan setakat memindahkan ilmu dari buku-buku teks ke minda pelajar tetapi lebih daripada itu , seorang guru yang berjaya ialah berjaya bukan sahaja membacakan kepada muridnya sesuatu  yang tersurat tetapi juga yang tersirat.









Tuesday, May 15, 2012

Kerja Kursus SPM Tugasan 4 - (Batik Ikat Celup - Beg Membeli-belah)

TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : BEG MEMBELI BELAH

SITUASI
Seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak
batik dan menggunakan teknik ikat celup.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.
2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.
4. Kajian teknik ikat dan celup.
5. Kajian warna ikat dan celup.
6. Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang
berbeza.
8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.



Nota: 
Berikut sebahagian bahan yang mungkin dapat membantu pelajar dalam memulakan Folio KRSV anda.  Ia hanyalah sebagai panduan.


1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.






2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup.






3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.





4. Kajian teknik ikat dan celup.























4. Kajian teknik ikat dan celup. 

Anda boleh melihat  beberapa teknik ikat celup yang ditunjukkan dalam video berikut sebagai panduan:




Basic Spiral Pattern




Double Spiral Pattern




Vertical Accordian Pattern




Concentrete Circle Pattern


5. Kajian warna ikat dan celup.




Ikuti langkah 6 dan seterusnya sehingga siap folio menepati kehendak soalan. Teruskan usaha anda....Selamat Maju Jaya!