Thursday, March 22, 2012

Cetakan

Cetakan Timbulan

1.   Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.



2.   Antara jenis cetakan timbulan ialah :
a.   cetakan lino
b.   cetakan blok kayu
c.   cetakan timbul/kolograf/kolaj





3.   Bahan-bahan yang digunakan dalam seni cetakan timbulan dan kegunaannya:
-  Kepingan linolium
-  Blok kayu
-  Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas kadbod     untuk diletakkan warna cetakan ke atas
 Cetakan kolograf dan kolaj
- Set alat ukiran   Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu)
- Penggelek warna / roller   Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak
- Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna)
- Dakwat cetakan lino atau blok kayu  (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki)
- Minyak linsid   (untuk mencairkan dakwat cetakan)
- 'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan)


4.   Proses penghasilan cetakan blok kayu
       i)  Selepas melakar di atas sekeping blok kayu,  alat pengukir digunakan untuk mengukir  corak  atas lakaran pada blok tersebut.  



       ii)  Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat.  Ia akan meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek.  


      iii)  Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir. 


     iv)  Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat.  Kertas diangkat daripada blok kayu.  Kesan cetakan terhasil.  Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong.  Jika menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna. 





Alatan dan Bahan Yang Diperlukan untuk cetakan.


Alat pengukir.


Dakwat cetakan.



Penggelek.


Kepingan Blok kayu.


Kepingan Linoleum.




Proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu.

Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.


Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.



Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu 
untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.


Imej cetakan yang terhasil.


Beberapa siri cetakan asli yang dipanggil 'Edisi'.





Proses cetakan timbulan menggunakan blok atau kepingan linoleum.





Beberapa mata pisau pengukir berlainan bentuk memberi kesan yang berbeza.


Proses mengukir atas blok/kepingan linoleum  menggunakan pisau pengukir.




Contoh imej yang siap diukir atas linoleum.



                                      
Proses menggelek dakwat pada permukaan linoleum.



Hasil cetakan.


Proses menggunakan beberapa kepingan lino sekiranya 
menggunakan lebih dari satu warna untuk cetakan.



                                                                   Beberapa 'edisi' cetakan lino.













Thursday, March 8, 2012

KRSV SPM 2012 - Ukiran Kayu


Tugasan  9

Bidang  :  Kraf Tradisional
Tajuk    :  Ukiran Kayu
Produk   Kotak Serbaguna

Situasi
Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.

Tugasan
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1.     Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2.     Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.
3.     Lakaran reka bentuk kotak serba guna.
4.     Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.
5.     Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.
6.     Lakaran olahan idea motif flora.
7.     Reka letak motif pada kotak serba guna.
8.     Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.
9.     Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10.   Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11.   Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.



Berikut adalah bahan-bahan yang saya cuba bantu anda dalam mencari bahan koleksi gambar sepertimana yang dikehendaki dalam soalan.

1. KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS UKIRAN KAYU

Dalam koleksi ini, anda boleh mengumpulkan beberapa produk ukiran yang berlainan jenis seperti  berikut:


Jenis Ukiran Arca





Ukiran Tembuk Tembus Bersilat




Jenis Ukiran Tebuk Tembus Tidak Silat



                                                                     Jenis Ukiran Larik




2. KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI BENTUK KOTAK SERBAGUNA

Dalam koleksi ini anda lekatkan beberapa koleksi gambar kotak serbaguna berbagai bentuk dan berlainan bahan yang digunakan  sebagai sumber ilham.

Kotak serbaguna buatan tangan

Kotak serbaguna  kuning keemasan

Kotak serbaguna daripada pewter



Kotak serbaguna daripada kain





3. LAKARAN KOTAK SERBAGUNA

Di bahagian ini, anda dikehendaki melakarkan beberapa cadangan kotak serbaguna yang akan anda hasilkan.  Pilih satu daripada cadangan anda.




4. SUMBER ILHAM - KOLEKSI GAMBAR TUMBUHAN MENJALAR

Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan menjalar di Malaysia. Anda boleh memilih salah satu daripadanya untuk dijadikan motif dalam lakaran idea anda.

Perlu diingatkan agar anda tidak lupa membuat catatan nama pada koleksi  tumbuhan menjalar yang anda tampalkan pada folio.

Cucurbita Moschata


Portulaca Grandiflora


                                                                         Pokok Sireh


                                                 Pokok Tapak Kuda (Ipomoea Pescaprae)


                                                       Morning glory (Ipomoea Cairica)


                                                                             Petola

Peria atau 'Luffa acutangula'


Bunga kacang botor )Psophocarpus tetragonolobus) 

Pokok Leletup (Passiflora foetida)

Epicia

Pokok Tembikai (citrullus lunatos)


 Bauhinia kockiana

Pegaga (Centella Asiatica)



Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)



5.     LUKISAN REALISTIK MOTIF FLORA MENJALAR YANG DIPILIH

Selepas anda menampalkan beberapa koleksi tumbuhan menjalar tadi, pilih salah satu dari tumbuhan yang anda ingin jadikan motif lakaran idea untuk ukiran anda.  Sebelum itu anda perlu melukis sendiri secara realistik motif pilihan anda.  Di bawah adalah contoh lukisan realistik daripada koleksi di atas.



                                                                              Petola



Peria atau 'Luffa acutangula'



  Morning glory (Ipomoea Cairica)


 Pokok labu



Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)


Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)
'


Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)