Friday, May 31, 2013

SIAPA KATA PELAJAR TAK PANDAI MELUKIS?

TAHNIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR CIKGU YANG HEBAT!


Dari pengalaman sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah, apa yang sering ada pada minda pelajar ialah " saya tak pandai lukis".

Benarkah pelajar tak pandai melukis?  Bagi saya setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai bakat dan potensi diri masing-masing yang telah dianugerahkan oleh Allah. Bakat itu tetap anda, namun tahap penguasaan dan kebolehannya berbeza-beza.

Tidak semua yang benar-benar tahu bahawa diri mereka memang berbakat.  Contohnya pelajar-pelajar saya ini  bukanlah seorang pelukis yang hebat.  Mereka hanya tahu menggambarkan sesuatu objek sekadar yang terlintas difikiran mereka. Mereka mewarna juga ikut kemampuan mereka.  Namun  bakat yang ada pada diri mereka andainya digilap pastilah menyerlah.

Ibarat pisau tumpul jika diasah pasti tajam, ibarat kaca bila digilap pasti bersinar!.

Kira-kira  15 orang pelajar terpilih yang dikenal pasti punya bakat melukis anugerah Illahi telah menyahut cabaran cikgu untuk menyerlahkan kemampuan masing-masing dalam seni lukis. Wow!! hebat, pelajar cikgu.... memang hebat, rajin dan berdisiplin.

Mereka tidak jemu belajar malah seronok pula membuat eksplorasi media yang baru bagi mereka. Mereka hadir selama 3 hari di Studio Seni SMK Bukit Naning untuk mendapat bimbingan melukis dan mewarna.  Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menengah rendah dan menengah atas.

Mereka yang terpilih terdiri daripada; 
Mohd. Raimi Hafis, Muhammad Safri, Muhamad Khairil Azim, Muhd. Zulnahar, Mohd Nor Salehen bin Rashid, Mohd Hafizi bin Hifzullah, Amir Syazli b.Ahmad, Rohaida binti Hadzir, Siti Zulaikha binti Tumari, Norhazimah bt Maan, Auni Hidayah, Safura, Hidana Faisal, Azri Md Nizam, Mohd Faiz dan Mohd Azim.


Berikut sekitar proses penghasilan karya pelajar...



Nah! ini dia hasilnya...ok tak? Cikgu rasa hasil karya mereka mampu diketengahkan.


Hidangan buah-buahan penuh di atas meja. Oppsss.....tak boleh makan! Hanya ilusi saja...
Boleh la anda beri komen tentang hasil kerja rakan-rakan  pelajar ini.