Sunday, February 5, 2012

Catan



Definisi Catan
  1. Catan ialah proses menghasilkan seni 2D dengan menggunakan bahan pewarna 'pigment' terlarut dalam pelarut (atau medium) dengan agen pengikat (gam) kepada permukaan sokongan seperti kertas, kanvas, atau dinding.
  2. Aktiviti catan membolehkan seorang pelukis meluahkan perasaan dengan berus dan warna. Aktiviti catan dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.  
  3. Komponen alat yang digunakan dalam catan :
  • Pewarna - cat air, cat minyak, cat poster, akrilik, gouch, tempera dan fresko.
  • Agen Pelarut -  gam arab, minyak linsid, turpentin, air.
  • Alatan -  pembancuh warna, berus cat, kanvas, kertas.dinding.



Sejarah Catan
Sejarah catan dikatakan bermuala sejak Zaman Yunani Purba. Pada masa itu catan dihasilkan  bertujuan untuk menggambarkan kisah-kisah keagamaan.  Media catan pada masa itu ialah mozek dan fresko.

Zaman kelahiran semula atau zaman pembaharuan atau Zaman Renaissance (Bahasa Perancis) merupakan zaman kemuncak senilukis di Eropah.

Pelukis-pelukis tersohor pada zaman itu ialah Leonardo da Vincci yang menghasilkan karya 'Monalisa', Albrecht Durer dengan catannya bertajuk ' The Great Piece of Turt).  Albrecht Durer mendapat gelaran "Bapa Catan Air Eropah".  Pelukis-pelukis zaman itu menghasilkan catan realistik.


Title: Great Piece of Turf, Study of Weeds
By: Albrecht Durer (1471 - 1528)
Original Size: 31 x 40 cms / 12.2 x 15.7 inches
Medium: Watercolour and Bodycolour on Vellum
   
'Monalisa' 
 Leonardo da Vincci.

Pada abad ke 2 hingga ke 20, muncul aliran baru dalam seni catan.  Pelukis-pelukis mula mempersembahkan catan dalam semi abstrak dan abstrak. 

Pelukis-pelukis pada masa itu ialah Paul Cezzane, Vincent van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain.

Pelukis tempatan yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Young Man Seng. Mereka banyak menghasilkan catan air yang berkisar kepada lanskap tanah air.


Beach Beauty, 1961.
Mohd. Hoessein Enas (1924-1995);
Oil on canvas; 63cm x 84cm.

 Malayan Rural Scene
Abdullah Ariff (Malaysia (1904-1962)
 Medium : Cat air
Saiz : 11 1/2x 15in (29cm x 39cm)


Zaman, Aliran dan Perkembangan Seni Barat.
1. Zaman Pertengahan
  • Menjadikan seni sebagai pengabdian agama kristian
  • Kebanyakan karya arca dinding
  •  Seni Neo Klasik, Seni Romantik, Seni Medieval'
  •  Pelukis: Giotto, Duccio
 Seni Neo Klasik


2.  Zaman Renaisancce
  • Zaman Pembaharuan seni catan
  • Figuara menjadi tumpuan utama dalam pengkaryaan
  • Karya seni mendapat tempat dikalangan bangsawan dan istana
  • Seni Romantik, Klasik, Naturalisme
  • Pelukis : Leonardo da Voncci, Albrecht Durer, Rephael, Micheiangelo
3.  Zaman Baroque dan Rococo

 The Militia Company of Captain Frans Banning Cocq
Karya Rembrandt

  • Dikenali zebagai zaman Renaissance tinggi
  • Baroque membawa maksud 'mutiara yang tidak sempurna tetapi indah'
  • Menekankan komposisi, aksi, warna dan pencahayaan
  • Latar belakang karya gelap dan cahaya tertumpu pada objek
  • Seni Barroque, Dutch Painting
    Pelukis : Berlini, Rembrandt, Rubens

4.  Abad ke 18
       Romantisne Neo-Klasik


Teknik-teknik Cat Air

1.    Teknik basah atas basah

  • menghasilkan kesan lut sinar.
  • teknik paling istimewa dan dramatik.
  • paling sukar dikawal sapuan warnanya.

2.    Teknik basah atas kering

  • merupakan teknik yang paling banyak digunakan kerana kesesuaiannya dengan beberapa jenis media senang dikawal dari segi sapuan warna
  • dapat menghasilkan kesan lut sinar.

3.    Kering atas basah



  • permukaan kertas dibasahkan terlebih dahulu
  • kemudian dengan menggunakan warna terus dari tiub sapukan ke atas kertas yang telah di basahkan.
4.    Kering atas kering
  • memberikan kesan legap
  • menimbulkan kesan  jalinan.


 Bahan ABM Catan dari Karya Guru









Tokoh Catan Tanah Air dan Karyanya

Pelukis : Dzulkifli Buyong
Tajuk : 'KAPAL KERTAS' (1966) 
Media : Kapur Pastel 


Pelukis : Dzulkifli Buyong
Tajuk : 'MEMBAKAR SEMUT' (1967) 
Media : Kapur Pastel 


Pelukis : LatiffMohiddin
Tajuk : 'PAGO-PAGO' ( 1964)
Media :  Cat Minyak


Pelukis : Peter Harris
Tajuk : RUMAH RAKIT (1956) 


Pelukis : Patrick Ng Kah Onn
Tajuk :' SEMANGAT BUMI, AIR DAN UDARA'

2 comments:

  1. Ada contoh lukisan yang menggunakan cat akrilik beserta nama Pelukis?

    ReplyDelete
  2. Ada contoh lukisan yang menggunakan cat akrilik beserta nama Pelukis?

    ReplyDelete