Sunday, February 5, 2012

Lukisan



Pengenalan

1.      Lukisan bermaksud:
  • Satu gambaran 2D yang menggabungkan garisan dan ton.
  •  Rakaman atau persembahan secara visual yang bersifat spontan.
  •  Mengambil kira tekstur (jalinan), bentuk, ton dan bayang pada objek.


2.     Prinsip asas dalam lukisan:
  •         Pengamatan objek.
  •         Buat lakaran dan struktur garisan.
  •         Perkembangan gubahan.


3.     Teknik lukisan bergantung kepada jens media yang digunakan.
4.     Setiap pelukis mempunyai kekuatan, kehalusan, dan gaya yang tersendiri dalam berkarya.


Sejarah Lukisan
1.     Lukisan bermula sejak zaman pra sejarah iaitu pada  zaman  batu di Afrika, Asia dan Eropah.
2.     Bukti penemuan sejarah lukisan terdapat di permukaan dinding gua batu.
3.  Contoh penemuan sejarah lukisan di luar negara:
  •       Gua Lascaux di Perancis
  •       Chauvet Perancis
  •       Les Combarelles, Perancis
  •       Altamira, Sepanyol
Lascaux, Perancis.

 Altamira, Perancis.

 Les Combarelles, Perancis

Chauvet, Perancis.

      Contoh penemuan sejarah lukisan di dalam negara:
  •       Gua Niah di Sarawak
  •       Gua Tambun di Perak
  •        Bukit Tengku Lembu di Perlis.


 Gua Niah, Sarawak.

 Gua Tambun, Perak.


Gua Tambun, Perak.

3.     Zaman Renaisance :
-   merupakan zaman kemuncak seni lukis.
-      Pelukis terkenal zaman ini Leonardo da vincci, Michealangelo, Raphel, Albrecht Durer.
-      Leonardo da Vincci dan Albrecht Durer perkenalkan skala lukisan fgura mereka.
-      Claude Monet pelukis Perancis mengaplikasikan lukisan gaya impressionis.
-      George Seurat menggunakan media arang.
-      Kurun ke 20 menampilkan kepelbagaian teknik lukisan dan digabungkan dengan teknik percetakan.

Lukisan anatomi figura manusia oleh Leonardo da Vincci.

Kepentingan Asas Sebelum Melukis
1.     Pengamatan Objek
2.     Perspektif dalam lukisan
-        Garisan horizon (aras mata)
-        Titik lenyap
-        Jenis Perspektif

3.     Memahami kesan cahaya, ton dan bayang
4.     Tetingkap Fokus – untuk memfokus secara khusus kawasan yang hendak dilukis, memudahkan pencarian sudut menarik. Digunakan ketika melukis diluar studio.
5.     Nisbah Keemasan – kadar banding diantara objek.





Alat dan bahan
1.     Arang dikenali juga dengan istilah seninya ‘Charcoal’. – kesan lebih gelap dan kasar.
2.     Kapur – kesan lebih halus dan lembut.
3.     Pensel warna – dibuat dari campuran lilin dan tanah liat kaolin, hasilkan kesan tekstur halus.
4.     Krayon – dibuat dari lilin dan kesannya legap dan menutupi permukaan yang dilukis.
5.     Pen Marker – bergantung kepada saiz mata pena, dakwatnya berasaskan air dan spirit.





Teknik-teknik lukisan
1       1.   Teknik garisan:
-        Garisan bersilang (cross-hatching)
-        Garrisan beralun (wavy)
-        Garisan selari (parallel)
-        Garisan menyilang (criscross)
-        Garisan kontor (ikut bentuk objek)
2    2.  Teknik contengan (Scribble lines)
      3.  Teknik gurisan (grafito)
4.    4.     Teknik titik (pointilism/dots)
5.     5.      Teknik campuran)



Teknik titik-titik (pointilism)

Teknik garisan kontur

Teknik garisan bersilang

Teknik gosokan




Perbezaan lukisan dengan catan
1.     Lukisan hasil seni 2D/Catan 3D
2.     Lukisan guna media kering/catan media basah
3.     Lukisan mengutaman garisan, jalinan, ton dan bayang/catan mengutamakan ruang dan warna.
4.     Media lukisan tidak memerlukan bahantara, media catan memerlukan bahantara air bagi cat air, minyak linsid bagi cat minyak, air bagi tempera.
5.     Lukisan memerlukan pemati warna (fixertif), catan tak perlu kerana media catan kebanyakannya mempunyai bahan pengilat.


3 comments:

  1. Alhamdulillah. Terima kasih banyak, Saudari. Sangat memudahkan dan membantu saya untuk menyelesaikan projek Seni saya. Syukran. :D

    ReplyDelete
  2. bolehkah saya dapatkan maklumat tentang maksud nisbah keemasan dalam pendidikan seni visual?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sangat....saya dapat menyelesaikan soalan diberi oleh guru

    ReplyDelete