Thursday, March 8, 2012

KRSV SPM 2012 - Ukiran Kayu


Tugasan  9

Bidang  :  Kraf Tradisional
Tajuk    :  Ukiran Kayu
Produk   Kotak Serbaguna

Situasi
Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.

Tugasan
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1.     Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.
2.     Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna.
3.     Lakaran reka bentuk kotak serba guna.
4.     Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham.
5.     Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih.
6.     Lakaran olahan idea motif flora.
7.     Reka letak motif pada kotak serba guna.
8.     Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza.
9.     Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10.   Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11.   Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.



Berikut adalah bahan-bahan yang saya cuba bantu anda dalam mencari bahan koleksi gambar sepertimana yang dikehendaki dalam soalan.

1. KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI JENIS UKIRAN KAYU

Dalam koleksi ini, anda boleh mengumpulkan beberapa produk ukiran yang berlainan jenis seperti  berikut:


Jenis Ukiran Arca





Ukiran Tembuk Tembus Bersilat




Jenis Ukiran Tebuk Tembus Tidak Silat



                                                                     Jenis Ukiran Larik




2. KOLEKSI GAMBAR PELBAGAI BENTUK KOTAK SERBAGUNA

Dalam koleksi ini anda lekatkan beberapa koleksi gambar kotak serbaguna berbagai bentuk dan berlainan bahan yang digunakan  sebagai sumber ilham.

Kotak serbaguna buatan tangan

Kotak serbaguna  kuning keemasan

Kotak serbaguna daripada pewter



Kotak serbaguna daripada kain





3. LAKARAN KOTAK SERBAGUNA

Di bahagian ini, anda dikehendaki melakarkan beberapa cadangan kotak serbaguna yang akan anda hasilkan.  Pilih satu daripada cadangan anda.




4. SUMBER ILHAM - KOLEKSI GAMBAR TUMBUHAN MENJALAR

Berikut adalah beberapa jenis tumbuhan menjalar di Malaysia. Anda boleh memilih salah satu daripadanya untuk dijadikan motif dalam lakaran idea anda.

Perlu diingatkan agar anda tidak lupa membuat catatan nama pada koleksi  tumbuhan menjalar yang anda tampalkan pada folio.

Cucurbita Moschata


Portulaca Grandiflora


                                                                         Pokok Sireh


                                                 Pokok Tapak Kuda (Ipomoea Pescaprae)


                                                       Morning glory (Ipomoea Cairica)


                                                                             Petola

Peria atau 'Luffa acutangula'


Bunga kacang botor )Psophocarpus tetragonolobus) 

Pokok Leletup (Passiflora foetida)

Epicia

Pokok Tembikai (citrullus lunatos)


 Bauhinia kockiana

Pegaga (Centella Asiatica)



Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)



5.     LUKISAN REALISTIK MOTIF FLORA MENJALAR YANG DIPILIH

Selepas anda menampalkan beberapa koleksi tumbuhan menjalar tadi, pilih salah satu dari tumbuhan yang anda ingin jadikan motif lakaran idea untuk ukiran anda.  Sebelum itu anda perlu melukis sendiri secara realistik motif pilihan anda.  Di bawah adalah contoh lukisan realistik daripada koleksi di atas.



                                                                              Petola



Peria atau 'Luffa acutangula'



  Morning glory (Ipomoea Cairica)


 Pokok labu



Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)


Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)
'


Pokok peruk kera (Nenepenthes gracillis)








No comments:

Post a Comment