Wednesday, May 16, 2012

'SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK DIMANA SAJA BERADA"








Antara tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah menjadi guru yang mendidik umatnya untuk mengakui keesaan Allah dan membuktikan pengakuannya itu dengan menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.  Terdapat tiga proses penting yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini iaitu tilawah (baca), ta'alim (mengajar) dan tazkiyyah (pembersihan).  Gabungan tiga unsur ini ditegaskan Allah SWT dalam ayat yang bermaksud:
Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (QS al-Jumu’ah)
Bertitik tolak dari kenyataan berkenaan, Islam sangat memandang tinggi kerja sebagai seorang guru apabila profesion itu berjaya menerapkan tiga unsur asasi sebagaimana yang disebut dalam ayat diatas iaitu 1- proses membacakan ilmu ayat-ayat Allah mahupun tanda-tanda kebesaran Allah atau di panggil sebagai proses memindahkan ilmu kepada anak murid. 2- proses pembersihan pegangan anak murid dari pegangan yang sesat kepada pegangan yang benar, mentauhidkan Allah , merasakan kebesaran Allah swt dengan merasa dirinya sangat kerdil di hadapan Allah dan 3- bukan setakat memindahkan ilmu dari buku-buku teks ke minda pelajar tetapi lebih daripada itu , seorang guru yang berjaya ialah berjaya bukan sahaja membacakan kepada muridnya sesuatu  yang tersurat tetapi juga yang tersirat.









No comments:

Post a Comment