Rahsia Warna Alam dan Kaitannya Dengan Ketepatan Waktu Solat
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah satu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.Waktu Subuh
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Spektrum warna biru pada waktu subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Memang benar, bukankah pada waktu subuh perasaan merasa lebih tenang dan damai. Dan diwaktu
itu jualah selepas solat kita bersiap-siap untuk keluar menuntut ilmu maupun mencari rezeki di bumi Tuhan ini. Semangat waktu pagi memberi kita tenaga yang
tiada tandingnya.
Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasa bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.
Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasa bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.
Di sini dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap
oleh tubuh melalui konsep resonan pada watu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya
telah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya akan berubah ke spektrum warna hijau (Israq & Dhuha) dan
kemudian warna kuning menandakana masuknya waktu Zohor.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada spektrum warna jingga. Iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis
yang metangkumi system reproduktif.
Rahsia warna jingga ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur). Maka itu dalam Islam tidak dibenarkan tidur hingga melepasi waktu Asar. Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke spektrum warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra red) dan ini bermakna jin
dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu
pada waktu ini (untuk solat maghrib) kerana banyak interfrensi (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot,
saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke spektrum warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa kegelapan.
Waktu Isyak, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana
frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak. Mereka yang ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Tidur pada waktu ini dipanggil ‘tidur delta’ dimana seluruh sisitem tubuh
berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya
ungu di mana inya bersamaan dengan frekuensi kelejar pineal, pituitary, thalamus
dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil ‘Qiamullail’. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga ala mini dan inilah factor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gi-gong dan sebagainya.
Semua dicipta
untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat
Islamsepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah
s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaiman hendak menyerap tenaga ala mini. Hakikat ini
seterusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hambaNya atas sifat pengasih dan
penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia
tahu hambanya ini amat-amat memerlukan-Nya.
salam....sy guru seni yang tiada basic.....sy nk minta tlg dr cikgu utk ajar sy ttg seni kerana thun ni sy ajar subjek seni tingkatan 1-5...sy paling risau pelajar sy tingkatan 5
ReplyDeleteTq sharing. ❤️
ReplyDelete