Wednesday, October 26, 2011

MY PORTFOLIO

Sebahagian dari portfolio saya.  Kecenderungan saya pada bidang seni reka grafik tidak pernah terhakis walaupun saya kini sepenuhnya mengajar Pendidikan Seni Visual namun ilmu yang ada tetap berguna. Selain mengajar Pendidikan Seni Visual, inilah tugas yang dapat disumbangkan di sekolah. Ia adalah satu kepuasan buat saya kerana ia  tugas yang dapat memberi kepuasan kepada penciptanya.


Reka bentuk T=Shirt Rumah Sukan SMK Bukit Naning 2012




Buletin Naning Terbitan 2011


Muka Hadapan

Muka Belakang

Buletin Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor - Edisi 1/2011.


Rekaan Kulit Buku & Majalah

.

   Perasmian Maskot Naning               Pertandingan Lorong PPDa Peringkat Kebangsaan




























ABM dari tangan guru.

LUKISAN
Tajuk : Lukisan Lanskap
Media : Oil Pastel
Lukisan di bawah saya hasilkan ketika mengajar tajuk Lukisan menggunakan media kering oil pastel. Oil pastel yang digunakan dari jenis Buncho dan juga Pelikan.  Untuk pengetahuan pelajar-pelajar, Oil Pastel jenama Pelikan lebih lembut dan mudah untuk proses mewarna.  Ia tidak kesat dan melancarkan proses mewarna dalam beberapa minit sahaja. Lihatlah hasilnya.

Set Oil Pastel jenama Pelikan.







LUKISAN
Tajuk : Lukisan Buah Epal
Media : Crayon




LUKISAN
Tajuk : Lukisan Buah-buahan
Media : Cat air
















TAJUK CATAN  : Teknik-teknik Catan.
Catan ini menggunakan media cat air. Di bawah adalah hasil beberapa aplikasi teknik mewarna media cat air.
 Media : Cat air. Teknik basah atas kering

Media : Cat air. Teknik  kering atas basah.

Teknik 'wash'.

LUKISAN 
Tajuk : Melukis Pokok 
Media : Pensil warna, marker pen, oil pastel, krayon. 
Ini pula adalah ABM yang saya hasilkan untuk mengajar  tajuk lukisan (melukis objek alam - pokok).  Media yang digunakan ialah marker pen, oil pastel, warna air. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menghasilkan lukisan dengan menggunakan pelbagai media yang berbeza.


Tuesday, October 25, 2011

Kreativiti seni tiada batasan.



Alexa Meade Serlah Kreativiti Tersendiri!

Alexa Meade, artis muda berusia 25 tahun.  Beliau tinggal dan bekerja di Washington DC. Kehebatan karyanya adalah berbeza dari yang lain.  Beliau meletakkan karyanya diersimpangan antara lukisan, fotografi, kehebatan dan instalasi.  Karyanya boleh mengelirukan pandangan. Beliau mengecat objek 3D sebenar yang kemudiannya kelihatan seperti lukisan 2D. 

Alexa menjelaskan, "ia bukanlah lukisan gambar dua dimensi di atas kanvas, saya melukis terus di atas subjek dalam ruang 3D.  Hasilnya foto-foto yang dicat kelihatan seperti lukisan datar tanpa bantuan Photoshop atau manipulasi digital". 
Adakah ia perkembangan terkini dalam aliran gaya catan?  Hebatkan!
Alexa Meade (kanan) bersama model dalam lukisannya.





Curated
Concealed
Ann
Blueprint

Lihat  seterusnya Portfolio Alexa Meade .

Sekitar Pelaksanaan KRSV SPM 2011 SMK Bukit Naning

Gambar-gambar yang di paparkan dalam ruangan ini diambil sepanjang proses pelaksanaan KRSV SPM 2011 calon dari SMK Bukit Naning.  Seramai 23 pelajar yang mendaftar mata pelajaran PSV telah menyempurnakan tugasan mereka dengan cemerlang sekali.  Tahniah buat pelajar-pelajar saya yang bersemangat tinggi dalam menyiapkan tugasan ini.  Tanpa rasa jemu pelajar-pelajar datang setiap kali diadakan kelas samada pada waktu petang atau hujung minggu.  Cikgu doakan anda semua cemerlang dalam SPM 2011.  Ikuti rakaman bergambar ini.