Monday, January 11, 2010

UNSUR WARNA


PENGENALAN WARNA

Warna ialah tindakbalas cahaya ke atas sesuatu permukaan.  Sesuatu objek lebih dikenalpasti melalui warna yang ada adanya seperti merah, biri, kuning, hijau, jingga, ungu dan lain-lain.









JENIS-JENIS WARNA

1. Warna Asas / Warna Primer
Warna asas atau warna utama terdiri daripada biru, kuning dan merah.  Warna-warna ini tidak boleh terhasil melalui campuran warna lain. Warna asas adalah warna-warna yang paling hebat daya tarikannya.






2.  Warna Kedua / Warna Sekunder
Warna ini terhasil daripada campuran dua waran utama.  Contohnya MERAH campur BIRU menghasilkan UNGU, BIRUcampur K UNINGmenghasilkan HIJAU, dan MERAH campur KUNING menghasilkan JINGGA. Merupakan kumpulan warna yang kedua hebat tarikannya.






3.  Warna Ketiga / Warna Tertier
Warna Ketiga terhasil daripada campuran satu warna utama dan satu warna kedua.  Warna tertier dapat menimbulkan kesan yang lembut.  Warna Tertier dapat mengurangkan kehebatan warna utama dan warna kedua jika diunakan bersama.





GUBAHAN WARNA

1. Warna Neutral 
Iaitu gabungan warna yang boleh disesuaikan dengan semua jenis warna.  Contoh kumpulan warna neutral adalah seperti di bawah.



Warna neutral digunakan dalam padanan warna pakaian




Warna neutral digunakan reka bentuk hiasan dalaman





2. Warna Harmoni 
Iaitu warna yang hampir sama.  Warna harmoni dikenali 
juga sebagai warna sekeluarga.  Kesan penggunaan warna harmoni ialah 'menyenangkan' mata memandang.

Warna harmoni dalam catan 


Warna harmoni dalam reka bentuk hiasan dalaman


Warna harmoni dalam reka corak


Pictures of  tudung saji anyaman songket

Warna harmoni dalam kraf anyaman


3.  Warna Penggenap
Warna penggenap ialah kombinasi warna yang kedudukannya bertentangan dalam roda warna.  Warna penggenap dikenali sebagai 'complementary color'.  Kombinasi warna pengenap adalah seperti berikut:


  Merah   penggenap   Hijau
 Kuning  penggenap  Biru
     Biru       penggenap   Jingga




Contoh  padanan warna penggenap



4.  Sewarna
Sewarna ialah gubahan warna yang menggunakan satu warna dengan beberapa ton.  Dikenali juga sebagai monokromatik.  Sewarna dapat dihasilkan dengan campurkan warna asal dengan putih untuk mendapatkan tona terang manakala campurkan warna asal dengan hitam akan menghasilkan tona gelap.







Berikut contoh gubahan sewarna yang terdapat dipersekitaran kita







Sewarna wujud pada keindahan alam semulajadi


                     Gubahan sewarna pada karya seni

FUNGSI DAN PERANAN WARNA

1. Warna menimbulkan bentuk






2. Warna menimbulkan ruang





3. Warna sebagai penyamaran
Penyamaran melalui warna badan haiwan adalah untuk tujuan keselamatan atau melindungi diri dari serangan musuh. Atau ia juga perangkap kepada mangsa!




Peringuey viper





4. Warna menimbulkan 'mood' atau perasaan

Warna biru, hijau dan ungu dikenali sebagai warna sejuk  dan tampak surut, ruang nampak lebih besar dan hijau dianggap warna paling neutral dari segi suhu.  Ia menimbulkan perasaan tenang  dan nyaman.






Warna kuning, merah dan jingga dikenali sebagai warna panas. Gabungan warna-warna ini menimbulkan perasaan ceria, gembira dan meriah.




 5.  Warna menghasilkan jalinan







No comments:

Post a Comment