Sunday, October 23, 2011

TEMBIKAR




     Sejarah Tembikar 












Negara Cina  merupakan pengeluar tembikar yang produktif.  Penggunaan kaedah lempar alin (wheelmethod) telah bermula sejak tahun 2000SM.  Di Mesir, Cyprus dan Crete, tembikar ditemui sejak zaman neolitik.  Di Malaysia, penemuan tembikar zaman purba ditemui di:
  1. Gua Cha, Kelantan.
  2. Gua Niah, Sarawak
  3. Bukit Tengku Lembu, Perlis
  4. Ulu Tembeling, Pahang
  5. Bukti penemuan tembikar:
  • Di Johor lama –tembikar berbentuk tulang ikan
  • Di Perak – tembikar yang sama seperti ditemui di Jawa dan Sumatera.
  • Di Kota TInggi – ditemui tembikar jenis porcelain seperti di zaman Dinasti Ching di China.

Nama-nama tembikar di Malaysia


1.   Labu Sayong - dari Perak.
2.   Tembikar Mambong - dari Kelantan.
3.   Pasu Sarawak - dari Sarawak.




Fungsi Tembikar Tradisi

1.  Perak - Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.
2.  N.Sembilan – sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.
3.  Sarawak – Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak – buat   pekasam ikan dlm       tempayan untuk upacara Hari Gawai.
4.  Sabah- Tempayan diguna utk panggil hujan.  Suku kaum murut simpan air tapai atau tuak dlm tempayan.    Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian
5.   Masyarakat Melayu Tradisi - Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.


Ciri-ciri Tembikar

1.     Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)
2.     Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.
3.     Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka.  Dibuat dari tanah liat terpilih.
4.     Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.
5.     Ragam hias ringkas dan bermotif flora
6.     Tidak menggunakan warna pada tembikar. 




Kawasan perusahaan Tembikar Di Malaysia.
  1. Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak
  2. Pulau Tiga,  Parit Perak
  3. Lenggong, Perak
  4. Bukit Gantang, Taiping Perak
  5. Kampung Alor Merah, Kedah.
  6. Sg. Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.


Tembikar Sayong (Labu Sayong)

1.   Dikenali juga sebagai labu sayong.
2.   Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.
3.   Tidak bersepuh (Poros).
4.   Perusahaan tembikar ini banyak dijalankan di Kg.Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

Labu Sayong
5.   Jenis-jenis Labu:
  • Labu Tanah atau labu tela
  • Labu gombol atau labu air
  • Labu pucung atau kepayang
  • Labu gelugor
  • Labu panai
  • Labu bocong atau labu leper
  • Labu tela
  • Labu lepap
  • Labu belalai gajah

   7.    Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .
  • Proses penghasilan labu Pulau Tiga hampr sama dengan dengan membuat labu sayong. Perbezaannya hanya dari segi pembakaran. 
  • Labu Pulau tiga perlu dibakar selama 6 jam sehingga warnanya bertukar kepada coklat tua kemerahan.  Selepas itu  barulah dimasukkan tembikar kedalam bahan bakar dengan kepanasan 700 - 800 darjah celcius. 
  • Pembakaran ini lebih kurang 2 jam.

Jenis Tanah Liat Untuk Membuat Tembikar
  1. Kg. Sayong mempunyai tanah liat yang baik untuk pembuatan tembikar. 
  2. Mengikut pengusaha labu sayong, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada permukaan bumi.
  3. Jenis-jenis tanah liat yang biasa digunakan ialah :
  • Tanah liat dari kawasan busut
  • Tanah liat di kawasan sawah
  • Tanah liat kelabu perang
  • Tanah liat perang kemerahan
  • Tanah liat di kawasan sungai

Video 1: Memproses tanah liat terpilih.



Alat dan Bahan


Alatan yang digunakan untuk membuat tembikar seperti berikut:
  1. Pengayak
  2. Baldi
  3. Besen
  4. Papan lapis bulat
  5. Roda pembentuk tembikar
  6. Pelarik tapak tembikar
  7. Dawai tajam
  8. Rip
  9. Span berkatu
  10. Span
  11. Dawai pemotong
  12. Angkup
  13. Penggelek
  14. Kayu (6mm)
  15. Penyembur gerlis
  16. Pengukir besi
  17. Penepik kayu berukir
  18. Pengukir dawai
                                                                            16                                                    17                                                     18





Teknik-teknik Membuat Tembikar

1.   Teknik picit
  • dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
  • merupakan teknik yang paling mudah
2.    Teknik lingkaran
  • bahagian tapak disediakan terlebih dahulu
  • kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar
3.    Teknik kepingan
  • dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu
  • bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan
  • bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam )
4.    Teknik lempar alin/ putaran
  • menggunakan mesin pemutar / roda pemutar
  • tembikar dibentuk semasa melakukan putaran
  • bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja
5.    Teknik acuan
  • dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam
  • bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan
  • digunakan untuk perusahaan komersial
Video 2: Pembuatan Tembikar teknik acuan
Teknik lempar alin
Proses meluru - melicinkan permukaan tembikar dengan batu sungai.



Motif Labu Sayong



Video 3: Membuat ragam hias pada badan labu.


                                                Mengukir corak hiasan pada badan labu.




Membentuk 'hiasan panai' pada labu panai.





Teknik Pembakaran Labu Sayong

Terdapat 2 kaedah pembakaran labu sayong :
1. Kaedah pembkaran Tradisional - tanur dedah sayong.
2. Kaedah pembkaran moden - tanur elektrik.


Proses menyalai
  1. Pembakaran Labu Sayong Secara Tradisional - bahan untuk pembakaran ialah sabut kelapa, kayu kering, buluh kering, daun pisang kering dan rumput kering.Proses pembakaran terbahagi kepada dua peringkat iaitu menyalai dan membakar. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan.

Menyediakan kayu api untuk proses pembakaran dedah.


 Pembakaran dedah.
                                   

 2. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran dedah dengan menutupi bahan-bahan   pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu.






3.  Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa menyimpan air.


Pembakaran Tembikar Kaedah Moden


Pembakaran tembikar cara moden
Tanur elektrik dengan kepanasan 800 - 900 darjah Celcius.


2.   Tembikar Mambong
  • Terkenal di Kelantan.
  • Dihasilkan untuk kegunaan harian
  • Menggunakan tanah liat yang dicampur dengan sedikt pasir halus dalam proses pembuatannya.
  • Tembikar yang dikeringkan akan berwarna kelabu dan apabila dibakar ia bertukar menjadi kemerahan-merahan.
  • Mempunyai ragam hias yang ringkas seperti tulang ikan, pucuk rebung dan siku keluang.


Tembikar Mambong




Pasu Sarawak
  1.  Barang-barang tembikar mempunyai kegunaan yang paling meluas di kalangan peribumi Sarawak. Upacara-upacara gawai, perkahwinan dan pengebumian semuanya tidak lengkap tanpa bekas-bekas tembikar yang tertentu. Apalagi halnya dalam kehidupan sehari-hari. 
  2. Tembikar yang dihasilkan di Sarawak termasuk pinggan, mangkuk, tajau (sejenis tempayan besar), takar dan perkakas memasak.
  3. Sesetengah barang itu sangat dihargai hingga menjadikan sebahagian daripada hadiah perkahwinan oleh pengantin.
  4. Di kalangan kaum Kelabit, tajau bukan cuma dijadikan bekas penyimpanan mayat ketua mereka tetapi diterima sebagai galang ganti nyawa.

Pasu Sarawak


Motif Pasu Sarawak
  1. Corak ukiran perhiasan pada barang-barang itu yang banyak menampilkan unsur-unsur daripada sistem kepercayaan mereka.
  2. Pada awal abad kesembilan belas, seni tembikar di Sarawak mengalami suatu perubahan besar dengan ketibaan pedagang Cina ke negeri itu.
  3. Ragam hias pada tembikar Cina mempengaruhi motif hiasan dan jenis barang yang dihasilkan oleh pembuat tembikar tempatan.
  4. Walaupun dipengaruhi oleh motif tembikar Cina,  corak hiasan pada tembikar Sarawak juga banyak menampilkan unsur-unsur  kepercayaan mereka.
  5. Pasu Sarawak terkenal diseluruh negara. Bentuk, warna dan corak hiasannya yang unik menjadikan hasil seni ini buah tangan yang istimewa bagi para pelancong yang melawat ke Bumi Kenyalang.

Cara  Membuat Pasu Sarawak




Lain-lain Tembikar Yang Terdapat Di Malaysia

Bekas Bara/Perasapan
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian.

Jambangan
Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak bunga hiasan.

Terenang
Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat.  Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang.  Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu.  Hasil terenang berwarna coklat kekuningan.

Geluk
Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas.


BEKAS PERASAPAN

JAMBANGAN



TERENANG

\


                                                                                                                        
GELUK

                                                                                                                      
Kemasan & Persembahan
1. bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh


2. muncung tembikar halus dan tidak serpih
3. tapak tembikar sempurna dan tidak serpih
4. leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang
5. ragam hias
  • garisan dan lorek terang dan tersusun
  • ukiran jelas
  • kesan tekanan nyata dan teratur
  • panai dibentuk sekata dan kemas

Pemeliharaan & Penjagaan Tembikar


  1. pastikan tembikar benar-benar kering sebelum disimpan
  2. tembikar hendaklah diletakkan di tempat yang rata dan selamat sewaktu digunakan
  3. cara mengilap tembikar hendaklah dilakukan secara cermat kerana tembikar mudah pecah



Tokoh-tokoh Tembikar
1. Pn. Hasnah Adnan (perak)
2. Pn. Sofia (Perak)
3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak )
4. Hajjah Rogayah bt Salleh (Perak)
5. Ng. Lee Huat (Sarawak)



Tembikar Dimensi Baru










9 comments:

  1. terima kasih atas info ini kerana ia amat penting untuk projek saya :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih infomasi ini telah banyak membantu saya dalam menjalankan projek saya... terimakasih sekali lagi...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sangat2 atas info ini. banyak maklumat yg saya dapat untuk tugasan saya.

    ReplyDelete
  4. what should i say ? this is perfect. geesh, thank you very much admin. ^_^

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info yang sangat berguna ini.ia banyak membantu dalam projek saye. sekali lagi terima kasih...

    ReplyDelete
  6. thankyou!!!!!! alhamdulillah siap jugak kerja kumpulan.. :)

    ReplyDelete
  7. cikgu bgi dua minggu tpi dua hari dh siap atas info ini

    ReplyDelete
  8. saya nak tau lebih lanjut pasal tembikar as lapik tiang.
    blh explain, ada gambar2 berkaitan atau di tulis dimana2 ker

    ReplyDelete
  9. boleh tak bgth i tahu mana pembuatan.. syarikat saya sedang cari krn kami nak kuantiti banyak..

    ReplyDelete