Thursday, February 23, 2012

Arca

Pengenalan
Arca  merupakan karya seni bersifat 3 dimensi. Arca mempunyai jisim dan ia lebih kepada
reka bentuk senibina.   Permukaan arca boleh dirasa, dilihat dari pelbagai sudut.  Seorang
pereka arca dipanggil ‘Arcawan’.


Definasi Arca
Arca berasal dari perkatan Yunani Purba - ‘sculpere’ yang bermaksud  satu proses     menebuk, mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.


Sejarah Arca






Arca patung kecil Cycladic yang dpamerkan di Muzium Akeologi di Athens.


1.  Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM.
2.  Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.
3.   Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.
4.  Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu.
5.   Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
6.  Di Malaysia, kaum asli Mah Meri  dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.
7.  Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo Radjikin.



Ciri-ciri Arca
Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan.  Dalam proses menghasilkan arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian hendaklah diambilkira.



Kategori Arca

1.   Arca Berfungsi – arca yang dihasilkan mempunyai fungsi tertentu.
Contohnya:  arca patung untuk tujuan keagamaan, alatan permainan di taman untuk permainan kanak-kanak,Tugu Negara dibina untuk memperingati jasa pahlawan negara yang terkorban memperjuangkan negara.

 2.  Arca Estetik - arca yang dihasilkan unrtuk diperagakan atau dinikmati keindahannya sahaja.  Bentuknya boleh abstrak, bebas dan realistik.  Ia mempunyai nilai intelek yang tinggi untuk difahami. Contoh arca estetik : “Bujang Berani” dihasilkan oleh artis Bayu Utomo Radjikin.  Bahan logam.


Jenis-jenis Arca

 Arca luakan - "Reclining Figure", karya Henry Moore.




1.  Arca Luakan - dihasilkan dengan membuang, memotong, atau mengurangkan bahagian-bahagian tertentu. Teknik arca jenis ini banyak digunakan sejak zaman pra sejarah.  Bahan yang digunakan seperti tanah liat, mar-mar, plaster of paris, bongkah kayu dan bahan
-bahan lain yang mudah di ukir atau diluakan.



Arca Binaan - "Keliering Pole" oleh kaum Melanau.




2.   Arca Binaan
    • Dihasilkan samada dengan kerangka atau tidak berkerangka. 
    • Bahan yang digunakan spt kayu, batu simen, logam, dawai, keluli dan sebagainya.

3.   Arca Acuan
  • Mempunyai acuan tertentu mengikut ciptaan pengarcanya.
  • Bahan yang digunakan POP, simen, lilin, tanah liat.




4.       Arca Dinding

  •  Arca ini adalah gabungan catan dan arca.
  • Boleh diletakan diatas meja, diatas permukaan dinding.
  • Bahan yang digunakan spt logam, kayu.
  • Menggunakan teknik paku, lekat, tampal atau gantung.
  • Cthnya: Arca “Langkawi” karya Abdul Latiff Mohidin (1977).




5.       Arca Mobail/Kinetik/Bergerak

  • -     Arca yang berupaya untuk bergerak, beruputar atau berubah.
  • -     Bahan yang digunakan spt kepingan logam, aluminium dan bahan yang ringan.
  • -     Alexander Calder adalah pelopor arca bergerak pada tahun 1930an.






 
Arca Timbulan tamadun Mesopatamia yang dipamerkan di Muzium Louvre, Paris.





6.       Arca Timbulan
-       Arca 3D
-       Banyak terdapat dizaman Tamadun Mesir Purba.
-       Bahan spt batu kapur




 Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp



7.       Arca Asemblaj atau Stabil

  •      Cantuman secara kasar bahan-bahan terpakai atau terbuang.
  •      Dikenali juga sebgai arca barangan buruk.
  •      Cth: Arca asemblaj bertajuk “Bicycle Wheel” karya Marcel Duchamp 







8.      8.  Arca Gabungan
-         Arca gabungan/campuran berbentuk ‘instalasi’.  Ia adalah gabungan disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.


Tokoh Arcawan

ARCAWAN BARAT

Arcawan : Michealangelo 
Tajuk Arca: “Moses”


Arcawan : Alberto Giacometti
Tajuk Arca : Figure


Arcawan : Alberto giacometti 
Tajuk Arca :  'Woman with Throat Cut'


Arcawan : Henry Moore
Tajuk Arca : "Reclining Figure"




Arcawan : Donatello, 
Tajuk Arca : "David" (1416)



ARCAWAN TEMPATAN


Mad Anuar Ismail
Tajuk Arca :  "Pemain Rebat No.1" 
Tahun :1991,
Bahan : Ukiran Kayu, 
Ukuran : 400 x 240 x 100cm



Arcawan : Bayu Utomo Radjikin
Tajuk Arca : "Bujang Berani" 
Tahun : 1991
Bahan :  Logam dan POP, 
Ukuran : 55x100x100cm




Anthony Lau –  Karya :“Rimba”







Azhar Abdul Manan 
Tahun: September, 1989, 
Tajuk Arca : "Aku Lihat Warisan yang Hilang"
Ukuran : 56x100x100cm

ii)   

4.       Arcawan negara-negara Asean:
i)        Hai Sai Por (Singapura)
-         Karya :“Kearah Keamanan”
-         Teknik : Assemblaj/Luakan
-         Bahan : Mar-mar
ii)       Jurusalina V. Araos (Filipina)
-         Karya : “Barong-barong”.
-         Teknik : binaan/asemblaj.
-         Bahan:  kayu/kaca/keluli.
iii)      Onn Itthi Khongkhakul (Thailand)
-          Karya : “Progress”.
-         Teknik : Binaan
-         Bahan : Besi Keluli
iv)     Dolorosa Singa (Indonesia)
-         Karya : “The Gates of Harmony”.
-         Tenik binaan Tuangan konkrit
-         Bahan simen.
v)      Abu Bakar Abd. Rahman (Brunei)
-         Karya: “ The Dance”.
-          Teknik binaan/bahan , Bahan : mar-mar

6 comments:

  1. boleh tak bgitahu tntg tokoh tempatan dlm arca cetak timbull :)

    ReplyDelete
  2. Boleh tk bagitau tntg tokoh tempatan dan barat dlm arca asemblaj dan timbulan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. au bende bodo ni

    ReplyDelete
  5. Samagt meperbantukan ya terimas

    ReplyDelete