Monday, February 15, 2010

UNSUR SENI - GARISAN


Pengenalan

Unsur-unsur seni reka terdiri daripada  enam elemen yang penting dalam gubahan sesuatu karya seni visual yang terdiri daripada Garisan, Rupa, Bentuk, Warna, Ruang dan Jalinan.





Garisan
Garisan merupakan cantuman satu siri titik ke titik yang lain dalam jarak yang tertentu.  Garisan merupakan elemen terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis. Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.


Jenis-jenis Garisan
Garisan boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media. Terdapat berjenis-jenis garisan yang boleh dihasilkan contohnya:


a) garisan tebal
b) garisan nipis
c) garisan berlingkar
d) garisan berpancar
e) garisan bengkang-bengkok
f)  garisan beralun
g) garisan melintang
h) garisan tegak
i)  garisan condong


Pelbagai jenis garisan


 Olahan Garisan dalam karya seni




Garisan Boleh Menimbukan Perasaan


1.  Garisan tegak akan menimbulkan perasaan teguh.




2.   Garisan melintang menimbukan perasaan tenang.


3. Garisan beralun menimbulkan perasaan cemas.




4. Garisan berpancar menimbulkan tenaga.




5. Garisan bengkang-bengkok menimbulkan pergerakan




Contoh garisan dari objek alam semulajadi


Contoh garisan dari objek buatan manusia




 Fungsi Garisan


1. Garisan yang bercantum akan menimbulkan rupa.


2. Struktur garisan mewujudkan bentuk.




3.  Olahan teknik garisan menimbulkan ton pada bentuk.




4. Garisan mewujudkan ruang melalui saiz, jarak dan intensiti yang berbeza.




5. Garisan menghasilkan jalinan pada objek.




6. Garisan menghasilkan corak.






Aplikasi Garisan Pada Karya Seni








6 comments: