Calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV SPM boleh download soalan kerja kursus tahun ini di http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/spm/2012/2012%202611-3/2012%202611-3%20QP%20CRC.pdf
Anda boleh mendapatkan lebih banyak hidupan marine bila anda klik SINI.
Saya telahpun meneliti soalan-soalan kerja kursus seni SPM tahun ini satu persatu. Calon-calon perlu memilih dan menjawab soalan yang benar-benar dapat membantu calon skor dengan baik dalam kerja kusus anda. Kebanyakan soalan menarik. Jadi, calon perlu mencari bahan terlebih dahulu untuk mendapatkan sumber ilham.
Saya akan membantu pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan samada dalam bentuk bergambar maupun video yang berkaitan. Semoga ianya dapat memberi idea sedikit sebanyak kepada calon dalam melaksanakan tugasan KRSV anda.
TUGASAN 1
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS
SITUASI
Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk
pasaran tempatan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin.
Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.
4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin.
6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan
Tonton Video Mencorak Permukaan Kasut
Video 1
Video 2
Video 3
Video 4
1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.
4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.
penyu
Sebagai pencecetus idea, berikut beberapa contoh kasut kanvas bercorak hidupan marin. Gambar ini hanya sebagai panduan sahaja, pelajar dinasihatkan tidak meniru dari gambar yang ada. Perlu diingat bahawa hasil kerja pelajar hendaklah ASLI.
Contoh tugasan yang perlu ada dalam folio untuk tajuk ini (hanya sebagai pencetus idea..)
Lakaran Olahan Idea
Lakaran di bahagian hadapan kasut. Lakaran hendaklah ditunjukkan di hadapan dan belakang kasut.
Pwlajar perlu membuat beberapa lagi lakaran idea supaya dapat membuat pilihan idea yang terbaik.
Sila teruskan langkah selanjutnya...Semoga Berjaya!
salam boleh tak tunjukan untuk lukisan persembahan nk buat panduan ....
ReplyDeleteYa betul saya juga nak
DeleteWalaikumsalam...bahagian lukisan persembahan pelajar dikehendaki menggambarkan kasut bercorak yang anda hasilkan sedang dipakai oleh pengguna.
ReplyDeleteas'salam..
ReplyDeletexda ka contoh untk no 10 dan 11?
salam mcm mne nk buat lakaran reka letak pada kasut?
ReplyDeletesaya prlukn gmbr lukisan persembahan.sya xdpt nk bygkn ckgu
ReplyDeleteterima kasih. amat membantu pelajar sbg panduan.
ReplyDelete