Wednesday, December 12, 2012

SEKITAR PELAKSANAAN KRSV TAHUNAN

KRSV 2611/3 SPM 2008 - SMK BUKIT NANING, MUAR JOHOR

BIDANG : KRAFTANGAN
TAJUK : BATIK
PRODUK : BATIK HIASAN DINDING

Sepanjang proses penghasilan batik.


  Produk batik Hiasan Dinding yang telah siap dihasilkan.




KRSV 2611/3 SPM 2009 - SMK BUKIT NANING, MUAR JOHOR

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : KOTAK SERBAGUNA

                                Produk Rekacorak Kotak Serbaguna yang telah siap dihasilkan.




KRSV 2611/3 SPM 2010 - SMK BUKIT NANING, MUAR JOHOR

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : LOGO
PRODUK : LOGO SYARIKAT TELEKOMUNIKASI





                             

KRSV 2611/3 SPM 2011 - SMK BUKIT NANING, MUAR JOHOR

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : KOTAK SERBAGUNA


 Sepanjang proses penghasilan folio dan produk KRSV 2011

Produk Reka Corak pada Cawan yang telah siap dihasilkan.




KRSV 2611/3 SPM 2012 - SMK BUKIT NANING, MUAR JOHOR

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS


BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : IKLAN TRANSIT


                                 Produk Reka Corak pada Cawan yang telah siap dihasilkan.




Saturday, June 16, 2012

KRSV 2012 - PENGHASILAN PRODUK RANCAK BERJALAN

Pagi tadi, kelas diadakan untuk pelajar-pelajar T5 PSVuntuk  menyiapkan hasilan produk KRSV mereka,  Ikuti sedikit suasana proses penghasilan poduk rekacorak kasut, iklan transit dan bag membeli-belah fasa 1. 

Pada awalnya pelajar-pelajar ini kurang berkeyakinan untuk memulakan aktiviti. Maklum saja, takut tak jadi, silap mewarna atau hasil tidak memuaaskan.  Namun setelah mendapat bimbingan guru, mereka mula bersemangat dan berasa seronok pula.  

Beginilah suasana yang dilalui setiap tahun dalam menyempurnakan tugasan KRSV.  Lain tahun, lain soalan, lain pelajar dan lain-lain ragamnya.  

Ikuti sebahagian peristiwa yang sempat di rakamkan...!


Menghasilkan kajian warna.
Melakar motif i atas kasut.
Merujuk kajian warna pilihan dalam mewarnakan corak kasut.

Menyapu 'undercoat' pada model bas - Iklan Transit.
Mewarna sebahagian cra yang dihasilkan.


Penuh minat dan perhatian dalam melaksanakan tugasan.











Mewarna Batik Ikat Celup - Bag Membeli-belah









Friday, June 15, 2012

LAKARAN MOTIF DI ATAS KASUT.


Hari ini pelajar-pelajar melakar imej atas kasut.  Lakaran ini dilakukan sebelum proses mewarna dijalankan. Produk akan diwarnakan berdasarkan pilihan terbaik hasil kajian warna produk.














Thursday, June 14, 2012

NOTA PSV T5

Dapatkan nota-nota ringkas PSV Tingkatan 5, KLIK pada tajuk yang dikehendaki.









Wednesday, June 13, 2012

PROGRAM 'LUNA'

Progran 'LUNA' merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Bukit Naning.  


Program Kemahiran Melukis dan Mewarna atau singkatannya  "LUNA ' dijalankan sepanjang tahun bertujuan untuk memberi kemahiran melukis dan mewarna dikalangan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 


Pelajar akan didedahkan dengan teknik melukis dan mewarna menggunakan pelbagai media kering dan media basah.  Melalui program ini pelajar dapat kemahiran melukis dan mewarna dengan betul.  Ia juga membantu meningkatkan penguasaan kemahiran  menjawab kertas 2.



Kemahiran melukis dan mewarna menggunakan 
media basah - Warna Air.




Kemahiran melukis dan mewarna menggunakan 
media kering - Pensil Warna.








Tuesday, June 12, 2012

RAHSIA KEJAYAAN


 

Anda perlu satu perkara saja untuk berjaya dalam apa saja!

 

Siapa yang tak mahukan kejayaan dalam kerjaya, dalam perhubungan rumah tangga, dalam kewangan, dalam kesihatan, dalam masyarakat, dalam mendidik anak-anak, dalam perniagaan, dalam sukan, dalam pelajaran, dalam agama dan lain-lain lagi. Masalahnya adalah, apakah formula yang paling mudah untuk pastikan kita mengecapi kejayaan dalam segala lapangan yang kita ceburi.

 

Berdasarkan sebanyak 200 kajian demi kajian yang dilakukan secara saintifik dan juga hasil daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 275,000 orang. Pakar mendapati manusia hanya memerlukan satu formula sahaja untuk mengecapi kejayaan.

 'BAHAGIA'
Ya!, anda hanya memerlukan kebahagian untuk pastikan anda menempah kejayaan. Seorang CEO yang bahagia dengan kerjayanya didapati lebih berjaya dalam kariernya. Seorang ayah atau ibu yang bahagia didapati lebih berjaya mendidik anak-anaknya. Seorang usahawan yang bahagia didapati lebih berjaya dalam perniagaannya dan begitulah seterusnya.

Tetapi malangnya kebanyakan daripada kita percaya yang kita akan lebih bahagia jika perniagaan kita berjaya, kita percaya akan lebih bahagia jika kita banyak duit, kita akan menjadi bahagia jika kita tidak banyak melakukan kesilapan, kita akan lebih bahagia jika kita jarang berhaduh dengan pasangan kita, kita akan lebih bahagia jika anak-anak kita mendengar cakap kita dan berbagai-bagai lagi syarat yang kita letakkan untuk menjadi bahagia.

Oleh itu, pastikan anda bahagia terlebih dahulu untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Dalam erti kata lain anda perlu bersangka baik dan redho dengan segala apa yang anda ada sekarang untuk mendapatkan lebih banyak lagi kejayaan. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan berikan pada kamu, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat untuk kamu!


Monday, June 11, 2012

GRAFIK MULTIMEDIA

Pengenalan

Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan. 


Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.  


Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.


Penggunaan persembahan multimedia mempunyai impak yang besar dalam sesebuah organisasi.  Pereka bentuk visual mampu mewujukan suasana pegun dan berinformatif.

Pembangunan multimedia memerlukan sisitem komputer yang dapat menghasilkan grafik, audio, video dan animasi disamping alat-alat seperti pengimbas, pembesar suara, kad bunyi, kad video dan CD Rom.  

Elemen-elemen Multimedia

  • Teks - muka taip atau 'font' yang digunakan sebagai tajuk besar, tajuk kecil dan teks penerangan.
  • Grafik - visual pegun yang dihasilkan melalui teknik fotografi, ilustrasi dan grafik komputer.
  • Video - klip video.
  • Audio - kesan bunyi, kesan bunyi persekitaran.
  • Animasi - pertunjukan pantas urutan imej-imej statik 2D atau 3D untuk mewujudkan ilusi pergerakan. Perisian Multimedia
Terdapat banak perisian multimedia di pasaran.  Setiap perisian mempunyai  fungsi tertentu.  Antara kegunaan perisisan-perisian tersebut adalah seperti berikut:

1.Macromedia Freehand, Corel Draw, Adobe Ilustrator - untuk menghasilkan ilustrasi, reka bentuk dan imej.


Contoh : Adobe Ilustrator untuk menghasilkan ilustrasi.



2. Macromedia Director, Macromedia Flash, After effects, 
MS Powerpoint - untuk menghasilkan multimedia linear interaktif dan animasi .


Contoh  : Micromedia Flash untuk menghasilkan animasi



3. Adobe Photoshop, Macromedia Fireworks, Corel Paint Sho Pro - untuk mengedit gambar.


Contoh : Adobe Photoshop untuk mengedit gambar

Jenis-jenis Multimedia
1.  Multimedia linear atau multimedia persembahan
Iaitu persembahan yang tidak dikawal. Multimedia jenis ini digunakan untuk persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran atau multimedia korporat

Contoh persembahan multimedia menggunakan Powerpoint.

2.  Multimedia Interaktif
Iaitu melalui persembahan multimedia interaktif, pelanggan dapat menerokai dan berinteraksi melalui butang kawalan, teks utama dan hot spot.

Contoh multimedia interaktif - bahan P&P


Lihat contoh multimedia interaktif DISINI


Reka Bentuk Laman Web
Laman Web merupakan bentuk komunikasi paling popular dan berkesan masa kini.  Reka bentuk laman web yang menarik memerlukan kemahiran pereka grafik dalam mengaplikasi perisisan khas laman web.  




Reka bentuk laman web yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:
  • Mudah dan cepat dibuka
  • Penggunaan imej yang ringkas dan tepat
  • Penggunaan butang yang mudah atau menarik
  • Warna yang sesuai
  • Saiz bukaan yang standard (640 x 480 pixel)
  • Menggunakan maklumat yang padat dan berkesan
  • Jelas sasaran penggunanya
  • Menggunakan animasi yang minima
  • Trend reka letak terkini
  • Butang kawalan yang berfungsi dengan baik




Wednesday, June 6, 2012

RAHSIA WARNA ALAM




Rahsia Warna Alam dan Kaitannya Dengan Ketepatan Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah satu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh.  Spektrum warna biru pada waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Memang benar, bukankah pada waktu subuh perasaan  merasa lebih tenang dan damai. Dan diwaktu itu jualah selepas solat kita bersiap-siap untuk keluar menuntut ilmu maupun mencari rezeki di bumi Tuhan ini.  Semangat waktu pagi memberi kita tenaga yang tiada tandingnya.




Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasa bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.

Di sini dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.  Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada watu rukuk dan sujud.  Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya telah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya akan berubah ke spektrum warna hijau (Israq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakana masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Waktu kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.  Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masaalah perut dan hilang sifat cerianya.



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada spektrum warna jingga.  Iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang metangkumi system reproduktif.




Rahsia warna jingga ialah kreativiti.  Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur).  Maka itu dalam Islam tidak dibenarkan tidur hingga melepasi waktu Asar.  Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke spektrum warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.



Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (untuk solat maghrib) kerana banyak interfrensi (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke spektrum warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.


Waktu Isyak, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak.  Mereka yang ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Tidur pada waktu ini dipanggil ‘tidur delta’ dimana seluruh sisitem tubuh berada dalam kerehatan. 

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana inya bersamaan dengan frekuensi kelejar pineal, pituitary, thalamus dan hipotalamus.  Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil ‘Qiamullail’.  Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.  Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga ala mini dan inilah factor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gi-gong dan sebagainya.


Semua dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islamsepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaiman hendak menyerap tenaga ala mini.  Hakikat ini seterusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas  sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana  Dia tahu hambanya ini amat-amat memerlukan-Nya.