Showing posts with label TIPS DAN MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label TIPS DAN MOTIVASI. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

RAHSIA KEJAYAAN


 

Anda perlu satu perkara saja untuk berjaya dalam apa saja!

 

Siapa yang tak mahukan kejayaan dalam kerjaya, dalam perhubungan rumah tangga, dalam kewangan, dalam kesihatan, dalam masyarakat, dalam mendidik anak-anak, dalam perniagaan, dalam sukan, dalam pelajaran, dalam agama dan lain-lain lagi. Masalahnya adalah, apakah formula yang paling mudah untuk pastikan kita mengecapi kejayaan dalam segala lapangan yang kita ceburi.

 

Berdasarkan sebanyak 200 kajian demi kajian yang dilakukan secara saintifik dan juga hasil daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 275,000 orang. Pakar mendapati manusia hanya memerlukan satu formula sahaja untuk mengecapi kejayaan.

 'BAHAGIA'
Ya!, anda hanya memerlukan kebahagian untuk pastikan anda menempah kejayaan. Seorang CEO yang bahagia dengan kerjayanya didapati lebih berjaya dalam kariernya. Seorang ayah atau ibu yang bahagia didapati lebih berjaya mendidik anak-anaknya. Seorang usahawan yang bahagia didapati lebih berjaya dalam perniagaannya dan begitulah seterusnya.

Tetapi malangnya kebanyakan daripada kita percaya yang kita akan lebih bahagia jika perniagaan kita berjaya, kita percaya akan lebih bahagia jika kita banyak duit, kita akan menjadi bahagia jika kita tidak banyak melakukan kesilapan, kita akan lebih bahagia jika kita jarang berhaduh dengan pasangan kita, kita akan lebih bahagia jika anak-anak kita mendengar cakap kita dan berbagai-bagai lagi syarat yang kita letakkan untuk menjadi bahagia.

Oleh itu, pastikan anda bahagia terlebih dahulu untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Dalam erti kata lain anda perlu bersangka baik dan redho dengan segala apa yang anda ada sekarang untuk mendapatkan lebih banyak lagi kejayaan. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan berikan pada kamu, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat untuk kamu!


Wednesday, June 6, 2012

RAHSIA WARNA ALAM




Rahsia Warna Alam dan Kaitannya Dengan Ketepatan Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah satu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh.  Spektrum warna biru pada waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Memang benar, bukankah pada waktu subuh perasaan  merasa lebih tenang dan damai. Dan diwaktu itu jualah selepas solat kita bersiap-siap untuk keluar menuntut ilmu maupun mencari rezeki di bumi Tuhan ini.  Semangat waktu pagi memberi kita tenaga yang tiada tandingnya.




Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasa bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.

Di sini dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.  Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada watu rukuk dan sujud.  Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya telah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya akan berubah ke spektrum warna hijau (Israq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakana masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Waktu kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.  Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masaalah perut dan hilang sifat cerianya.



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada spektrum warna jingga.  Iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang metangkumi system reproduktif.




Rahsia warna jingga ialah kreativiti.  Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur).  Maka itu dalam Islam tidak dibenarkan tidur hingga melepasi waktu Asar.  Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke spektrum warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.



Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (untuk solat maghrib) kerana banyak interfrensi (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke spektrum warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.


Waktu Isyak, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak.  Mereka yang ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Tidur pada waktu ini dipanggil ‘tidur delta’ dimana seluruh sisitem tubuh berada dalam kerehatan. 

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana inya bersamaan dengan frekuensi kelejar pineal, pituitary, thalamus dan hipotalamus.  Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil ‘Qiamullail’.  Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.  Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga ala mini dan inilah factor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gi-gong dan sebagainya.


Semua dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islamsepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaiman hendak menyerap tenaga ala mini.  Hakikat ini seterusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas  sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana  Dia tahu hambanya ini amat-amat memerlukan-Nya.  









Wednesday, May 16, 2012

'SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK DIMANA SAJA BERADA"








Antara tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah menjadi guru yang mendidik umatnya untuk mengakui keesaan Allah dan membuktikan pengakuannya itu dengan menjunjung segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.  Terdapat tiga proses penting yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melaksanakan tanggungjawab besar ini iaitu tilawah (baca), ta'alim (mengajar) dan tazkiyyah (pembersihan).  Gabungan tiga unsur ini ditegaskan Allah SWT dalam ayat yang bermaksud:
Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (QS al-Jumu’ah)
Bertitik tolak dari kenyataan berkenaan, Islam sangat memandang tinggi kerja sebagai seorang guru apabila profesion itu berjaya menerapkan tiga unsur asasi sebagaimana yang disebut dalam ayat diatas iaitu 1- proses membacakan ilmu ayat-ayat Allah mahupun tanda-tanda kebesaran Allah atau di panggil sebagai proses memindahkan ilmu kepada anak murid. 2- proses pembersihan pegangan anak murid dari pegangan yang sesat kepada pegangan yang benar, mentauhidkan Allah , merasakan kebesaran Allah swt dengan merasa dirinya sangat kerdil di hadapan Allah dan 3- bukan setakat memindahkan ilmu dari buku-buku teks ke minda pelajar tetapi lebih daripada itu , seorang guru yang berjaya ialah berjaya bukan sahaja membacakan kepada muridnya sesuatu  yang tersurat tetapi juga yang tersirat.









Wednesday, November 23, 2011

Otak Kiri & Otak Kanan


Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya.

Begitu juga bagi otak, mengenali dan memahami susunan otak dan komponen/komposisi otak seakan memberitahu kita siapakah indivudu itu sebenarnya, kemampuannya dan bagaimana seseorang individu itu berinteriksi serta bertindakbalas dalam kehidupannya (Malahan sudah tentu lebih kompleks dari komputer).

Bahagian Otak Manusia
Otak manusia terdiri dari belahan atau hemisfera otak kiri dan kanan (selain mempunyai 3 susunan lapisan:-

Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak kiri sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, ahli matematik atau saintis.


Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik).

Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan pereka.

Sesetengah individu mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.
Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.

Kerana itu, apabila anda telah mengetahui yang otak mempunyai dua belahan yang berfungsi mengikutkerja masing-masing, dan setiap hemisfera mempunyai kekuatan dan kekurangannya (saling melengkapi), anda sudah boleh menerangkan alasan yang munasabah dan saintifik terhadap perbezaaan yang terjadi di antara sesetengah individu.

Di dalam bidang sains minda, apa yang berlaku pada setiap inidvidu ini (malahan ada pada hampir setiap individu) dipanggil “Brain Lateralization”. Ramai juga pakar psikologis memanggil situasi tersebut sebagai “Brain Dominance” iaitu penggunaan yang tinggi pada belahan otak yang tertentu. Kajian ahli sains neurologi memikirkan situasi ini berlaku kerana gen seseorang individu (seperti penggunaan tangan kanan atau kidal). Tetapi sesetengah pakar kajian mengatakan oleh pengalaman pembesaran, pendidikan, pengaruh ibubapa dan juga situasi masyarakat sekeliling yang mempengaruhi penggunaan otak tersebut.

Meskipun kebanyakan individu akan menggunakan satu hemisfera yang lebih berbanding yang satu lagi (selalunya kebanyakan kita menggunakan otak kiri secara berlebihan kesan dari pendidikan di sekolah) tetapi secara puratanya seseorang individu akan menggunakan kedua-dua belahan otaknya untuk aktiviti-aktiviti seharian.


Bagaimanapun, untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik dan untuk kita mengoptimakan serta membangkitkan kemampuan POTENSI DIRI seseorang individu, penggunaan kedua-dua hemisfera otak adalah sangat penting. Iaitu kita menggunakan kedua-dua hemisfera otak dengan seimbang. Malahan kemampuan dan kekuatan fungsi otak akan meningkat secara drastik apabila kita dapat mengoptimakan kedua-dua belah otak ini. Ini yang dipanggil “Whole Brain”. Iaitu penggunaan otak yang lebih menyeluruh.

Jika dahulu bidang pendidikan hanya menggunakan dan mengiktirafkan kecerdasan intelek iaitu penggunaan yang ketara pada otak kiri, ahli psikologis dan pakar pendidikan semakin memahami bahawa ia tidak mengoptimakan fungsi dan kekuatan otak dan mempunyai kelemahan pada kecerdasan emosi (EQ). Terbukti, dinegara-negara yang maju dimana terdapat terlalu ramai pelajarnya yang tinggi dalam IQ dan cemerlang dalam pelajaran, mereka menghadapi masalah EQ yang ketara. Banyak masalah sosial datang dari kelemahan di sebelah EQ.

Kerana itu sekarang wujud banyak institusi seperti SuperLearning Technologies, Accelerated learning, Montenssori Method, The Shichida Method dan sebagainya iaitu institusi yang menggubah pendekatan pembelajaran kepada konsep “whole brain learning” dengan mengoptimakan keseluruhan otak untuk mendapat kecermelangan dalam kehidupan.