Showing posts with label PROJEK SENI VISUAL. Show all posts
Showing posts with label PROJEK SENI VISUAL. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

PROGRAM 'LUNA'

Progran 'LUNA' merupakan salah satu program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual SMK Bukit Naning.  


Program Kemahiran Melukis dan Mewarna atau singkatannya  "LUNA ' dijalankan sepanjang tahun bertujuan untuk memberi kemahiran melukis dan mewarna dikalangan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 


Pelajar akan didedahkan dengan teknik melukis dan mewarna menggunakan pelbagai media kering dan media basah.  Melalui program ini pelajar dapat kemahiran melukis dan mewarna dengan betul.  Ia juga membantu meningkatkan penguasaan kemahiran  menjawab kertas 2.



Kemahiran melukis dan mewarna menggunakan 
media basah - Warna Air.




Kemahiran melukis dan mewarna menggunakan 
media kering - Pensil Warna.








Friday, April 20, 2012

Projek Amali Cetakan Blok Kayu Pelajar Seni Visual Tingkatan 4 SMK Bukit Naning

Gambar berikut dirakam sekitar perjalanan projek cetakan blok kayu.  Pelajar tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran PSV sedang menyiapkan tugasan mengukir imej di atas blok kayu.  Projek ini berjalan selama 2 minggu dan dibuat secara berkumpulan. Tahniah kepada pelajar-pelajar dengan penuh penuh minat melaksanakan tugasan yang diberi.

























 Hasil Kerja Pelajar: Cetakan Blok Kayu
















Monday, July 25, 2011

Pertandingan Melukis PPDa Sekolah Menengah Daerah Muar



Penyertaan terbuka kepada 2 kategori menengah rendah tingkatan 1,2 dan 3 manakala menengah atas  tingkatan 4 dan 5.  Berikut perjalanan disekitar pertandingan tersebut.   Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan sedang menyiapkan poster masing-masing.













Antara beberapa keping poster yang dipertandingkan.

Karya : Adik Azizi bin Nizam

Karya : Adik Nurul Atika binti Hamali


Karya : Adik Norshahidah binti Rashid


Karya : Adik Zulaikha binti Tumari


                                                            Karya : Adik Rohaida binti Hadzir