Thursday, May 24, 2012

APA MAKSUD JAWATAN KHAS UNTUK PENYANDANG? (KUP)




Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) ialah jawatan yang diwujudkan bagi mengekalkan atau menyesuaikan gred hakiki penyandang apabil berlaku perbezaan dengan hakiki jawatan yang disandarkan.  Jawatan yang diwujudkan itu adalah KUP sahaja dan akan dihapuskan sebaik sahaja penyandang meninggalkan jawatan tersebut.  Ia diwujudkan dalam keadaan berikut:


a)  Untuk membetulkan keadaan yang mana penyandang-penyandang jawatan telah diberi tanggagaji yang berbeza dengan tanggagaji yang telah diluluskan bagi jawatan tersebut mengikut skim perkhidmatan jawatan itu.  Keadaan ini berlaku hasil daripada urusan perubahan gaji;


b)  Berikutan dengan perubahan dalam dasar perkhidmatan Kerajaan hasil dari pengeluaran Pekeliling Perkhidmatan/Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan;


c)  Untuk menampung pegawai-pegawai yang mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan yang jumud;


d)  Atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan, iaitu setelah;


i.  Penyandang jawatan tersebut dinaikkan pangkat sedangkan jawatannya  tidak dinaik taraf; dan
ii.  Jawatan yang disandang oleh pegawai berkenaan dinaikkan atau diturunkan tarafnya.


e)  Untuk menampung pegawai-pegawai yang telah diletakkan di satu peringkat oleh Tribunal Perkhidmatan Awam sungguhpun peringkat jawatan tersebut tidak dibekalkan di dalam skim perkhidmatannya.



No comments:

Post a Comment