Saturday, June 15, 2013

KOLEKSI KARYA SENI PELAJAR

Tugas guru bukan sekadar mengajar tetapi ingin melihat keberhasilan dari apa yang diajar kepada pelajarnya. Tidak kira apa jua kepakaran seseorang guru itu, yang penting bukti kejayaan sudah pasti menjurus kepada fokus bidang yang dimilikinya.

Mengumpul hasil kerja pelajar samada berbentuk seni halus, kraf atau komunikasi visual amatlah dinanti oleh guru. Pelbagai aktviti yang melibatkan penghasilan karya seni tidak bergantung kepada tugasan semasa proses pembelajaran, bahkan pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana penganjur. 

Tidak dinafikan bahawa untuk mendapatkan karya yang bermutu dari pelajar bukan kerja mudah. Bagi pelajar yang tidak berminat akan menghasilkan karya sambil lewa. Namun mereka berasa kagum dengan hasil kerja rakan yang benar-benar berkualiti. Ada kalanya ini secara tidak langsung mengubah pemikiran mereka bahawa tiada sesuatu yang mustahil jika mereka benar-benar faham tujuan datang ke sekolah adalah untuk menimba ilmu apa yang kita tidak tahu,

Justeru itu, saya sering mengingatkan pelajar-pelajar saya bahawa tiada istilah 'saya tidak pandai...." kerana tujuan kita belajar adalah untuk menjadi pandai. Maka, sedialah belajar kerana guru sentiasa bersedia untuk menunjuk ajar.

Maka, saya berpendapat kebolehan pelajar menghasilkan karya yang baik dan bermutu adalah kejayaan pembimbingnya. Alhamdulillah, saya amat gembira dengan hasil kerja pelajar-pelajar saya.  
Jika dilihat ia seakan hasil kerja pelukis profesional. Hakikatnya mereka hanya pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang punya minat tinggi dalam pendidikan seni.  Setakat tahu melukis sahaja tidak mencukupi, mereka perlu dibimbing untuk menghasilkan kerja seni dengan mengaplikasi pemahaman asas seni dan prinsip rekaan yang dipelajari untuk menghasilkan karya bermutu. 

Inilah hasil kerja pelajar-pelajar yang ingin saya kongsi bersama anda semua...





Ada lagi...kita tunggu perkembangan dari masa ke semasa okey. 

No comments:

Post a Comment