Negara Cina merupakan pengeluar tembikar yang produktif. Penggunaan kaedah lempar alin (wheelmethod) telah bermula sejak tahun 2000SM. Di Mesir, Cyprus dan Crete, tembikar ditemui sejak zaman neolitik. Di Malaysia, penemuan tembikar zaman purba ditemui di:
- Gua Cha, Kelantan.
- Gua Niah, Sarawak
- Bukit Tengku Lembu, Perlis
- Ulu Tembeling, Pahang
- Bukti penemuan tembikar:
- Di Johor lama –tembikar berbentuk tulang ikan
- Di Perak – tembikar yang sama seperti ditemui di Jawa dan Sumatera.
- Di Kota TInggi – ditemui tembikar jenis porcelain seperti di zaman Dinasti Ching di China.
1. Labu Sayong - dari Perak.
2. Tembikar Mambong - dari Kelantan.
3. Pasu Sarawak - dari Sarawak.
1. Perak - Tempat menyimpan air. Air di dalam labu menjadi sejuk.
2. N.Sembilan – sebagai lapik tiang rumah. Banyak digunakan di Cenor, Jelebu NS.
3. Sarawak – Suku Kelabit simpan mayat dalam tempayan. Suku Land Dayak – buat pekasam ikan dlm tempayan untuk upacara Hari Gawai.
4. Sabah- Tempayan diguna utk panggil hujan. Suku kaum murut simpan air tapai atau tuak dlm tempayan. Tempayan juga sebagai hadiah perkahwinan, menyambut kelahiran bayi dan kematian
5. Masyarakat Melayu Tradisi - Sebagai tempat perembunan, perasap kemenyan, menyimpan air.
Ciri-ciri Tembikar
1. Poros, tidak bersepuh (tidak berkilat)
2. Dibakar dengan suhu yang tinggi 700-800 darjah Celcius.
3. Dibakar dengan teknik pembakaran terbuka. Dibuat dari tanah liat terpilih.
4. Teknikpembentukan tembikar dengan teknik picit.
5. Ragam hias ringkas dan bermotif flora
6. Tidak menggunakan warna pada tembikar.
Kawasan perusahaan Tembikar Di Malaysia.
- Kampong Sayong, Kuala Kangsar Perak
- Pulau Tiga, Parit Perak
- Lenggong, Perak
- Bukit Gantang, Taiping Perak
- Kampung Alor Merah, Kedah.
- Sg. Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.
Tembikar Sayong (Labu Sayong)
1. Dikenali juga sebagai labu sayong.
2. Berwarna hitam,kuning tanah liat dan coklat.
3. Tidak bersepuh (Poros).
5. Jenis-jenis Labu:
- Labu Tanah atau labu tela
- Labu gombol atau labu air
- Labu pucung atau kepayang
- Labu gelugor
- Labu panai
- Labu bocong atau labu leper
- Labu tela
- Labu lepap
- Labu belalai gajah
7. Tembikar Pulau Tiga, Parit Perak .
Jenis Tanah Liat Untuk Membuat Tembikar
Video 1: Memproses tanah liat terpilih.
Alat dan Bahan
Alatan yang digunakan untuk membuat tembikar seperti berikut:
16 17 18
Teknik-teknik Membuat Tembikar 1. Teknik picit
2. Teknik lingkaran
3. Teknik kepingan
4. Teknik lempar alin/ putaran
5. Teknik acuan
Video 2: Pembuatan Tembikar teknik acuan
Teknik lempar alin
Proses meluru - melicinkan permukaan tembikar dengan batu sungai.
Motif Labu Sayong
Membentuk 'hiasan panai' pada labu panai.
Teknik Pembakaran Labu Sayong
Terdapat 2 kaedah pembakaran labu sayong :
1. Kaedah pembkaran Tradisional - tanur dedah sayong.
2. Kaedah pembkaran moden - tanur elektrik.
Proses menyalai
Menyediakan kayu api untuk proses pembakaran dedah.
Pembakaran dedah.
2. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran dedah dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu.
3. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa menyimpan air.
Pembakaran Tembikar Kaedah Moden
Pembakaran tembikar cara moden
Tanur elektrik dengan kepanasan 800 - 900 darjah Celcius.
2. Tembikar Mambong
Tembikar Mambong
Pasu Sarawak
Pasu Sarawak
Motif Pasu Sarawak
![]()
Cara Membuat Pasu Sarawak
Lain-lain Tembikar Yang Terdapat Di Malaysia
Bekas Bara/Perasapan
Digunakan untuk membakar kemenyan dalam upacara pengubatan dan kematian.
Jambangan Badan berbentuk labu yang ditinggikan seperti tempayan atau buyung berkaki digunakan untuk meletak bunga hiasan. Terenang Kendi air bertutup yang diperbuat daripada tanah liat. Diusahakan di Kg.Pasir Durian, Pahang. Bahan utama pembuatannya ialah tanah padi berwarna kuning, keras dan berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu. Hasil terenang berwarna coklat kekuningan. Geluk Bekas air mempunyai ragam hias bermotif kecil dan ringkas.
BEKAS PERASAPAN
JAMBANGAN
TERENANG
\
GELUK
|