Anda perlu satu perkara saja untuk berjaya dalam apa saja!
Siapa yang tak mahukan kejayaan dalam kerjaya, dalam perhubungan rumah tangga, dalam kewangan, dalam kesihatan, dalam masyarakat, dalam mendidik anak-anak, dalam perniagaan, dalam sukan, dalam pelajaran, dalam agama dan lain-lain lagi. Masalahnya adalah, apakah formula yang paling mudah untuk pastikan kita mengecapi kejayaan dalam segala lapangan yang kita ceburi.
Berdasarkan sebanyak 200 kajian demi kajian yang dilakukan secara 
saintifik dan juga hasil daripada kaji selidik yang dijalankan terhadap 
275,000 orang. Pakar mendapati manusia hanya memerlukan satu formula 
sahaja untuk mengecapi kejayaan.
 'BAHAGIA'
Ya!, anda hanya memerlukan kebahagian untuk pastikan anda menempah 
kejayaan. Seorang CEO yang bahagia dengan kerjayanya didapati lebih 
berjaya dalam kariernya. Seorang ayah atau ibu yang bahagia didapati 
lebih berjaya mendidik anak-anaknya. Seorang usahawan yang bahagia 
didapati lebih berjaya dalam perniagaannya dan begitulah seterusnya.
Tetapi malangnya kebanyakan daripada kita percaya yang kita akan lebih 
bahagia jika perniagaan kita berjaya, kita percaya akan lebih bahagia 
jika kita banyak duit, kita akan menjadi bahagia jika kita tidak banyak 
melakukan kesilapan, kita akan lebih bahagia jika kita jarang berhaduh 
dengan pasangan kita, kita akan lebih bahagia jika anak-anak kita 
mendengar cakap kita dan berbagai-bagai lagi syarat yang kita letakkan 
untuk menjadi bahagia.
Oleh itu, pastikan anda bahagia terlebih dahulu untuk mendapatkan apa 
yang anda impikan. Dalam erti kata lain anda perlu bersangka baik dan 
redho dengan segala apa yang anda ada sekarang untuk mendapatkan lebih 
banyak lagi kejayaan. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan berikan pada 
kamu, nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat untuk kamu!
Sumber: Buku "The Happiness Advantage: The Seven Principles of Positive Psychology That Fuel Success and Performance at Work"

 
No comments:
Post a Comment