Wednesday, June 6, 2012

RAHSIA WARNA ALAM




Rahsia Warna Alam dan Kaitannya Dengan Ketepatan Waktu Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah satu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh.  Spektrum warna biru pada waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Memang benar, bukankah pada waktu subuh perasaan  merasa lebih tenang dan damai. Dan diwaktu itu jualah selepas solat kita bersiap-siap untuk keluar menuntut ilmu maupun mencari rezeki di bumi Tuhan ini.  Semangat waktu pagi memberi kita tenaga yang tiada tandingnya.




Bagi mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya atau terlewat secara berulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masaalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasa bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain, jaga daripada tidur.

Di sini dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.  Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada watu rukuk dan sujud.  Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya telah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya akan berubah ke spektrum warna hijau (Israq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakana masuknya waktu Zohor.


Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Waktu kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.  Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masaalah perut dan hilang sifat cerianya.



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada spektrum warna jingga.  Iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang metangkumi system reproduktif.




Rahsia warna jingga ialah kreativiti.  Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau waktu Asar ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur).  Maka itu dalam Islam tidak dibenarkan tidur hingga melepasi waktu Asar.  Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke spektrum warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.



Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (untuk solat maghrib) kerana banyak interfrensi (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke spektrum warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.


Waktu Isyak, menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sisitem kawalan otak.  Mereka yang ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Tidur pada waktu ini dipanggil ‘tidur delta’ dimana seluruh sisitem tubuh berada dalam kerehatan. 

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana inya bersamaan dengan frekuensi kelejar pineal, pituitary, thalamus dan hipotalamus.  Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil ‘Qiamullail’.  Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.  Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga ala mini dan inilah factor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, gi-gong dan sebagainya.


Semua dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islamsepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaiman hendak menyerap tenaga ala mini.  Hakikat ini seterusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas  sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana  Dia tahu hambanya ini amat-amat memerlukan-Nya.  









1 comment:

  1. salam....sy guru seni yang tiada basic.....sy nk minta tlg dr cikgu utk ajar sy ttg seni kerana thun ni sy ajar subjek seni tingkatan 1-5...sy paling risau pelajar sy tingkatan 5

    ReplyDelete