Friday, May 31, 2013

SIAPA KATA PELAJAR TAK PANDAI MELUKIS?

TAHNIAH BUAT PELAJAR-PELAJAR CIKGU YANG HEBAT!


Dari pengalaman sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah, apa yang sering ada pada minda pelajar ialah " saya tak pandai lukis".

Benarkah pelajar tak pandai melukis?  Bagi saya setiap individu yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai bakat dan potensi diri masing-masing yang telah dianugerahkan oleh Allah. Bakat itu tetap anda, namun tahap penguasaan dan kebolehannya berbeza-beza.

Tidak semua yang benar-benar tahu bahawa diri mereka memang berbakat.  Contohnya pelajar-pelajar saya ini  bukanlah seorang pelukis yang hebat.  Mereka hanya tahu menggambarkan sesuatu objek sekadar yang terlintas difikiran mereka. Mereka mewarna juga ikut kemampuan mereka.  Namun  bakat yang ada pada diri mereka andainya digilap pastilah menyerlah.

Ibarat pisau tumpul jika diasah pasti tajam, ibarat kaca bila digilap pasti bersinar!.

Kira-kira  15 orang pelajar terpilih yang dikenal pasti punya bakat melukis anugerah Illahi telah menyahut cabaran cikgu untuk menyerlahkan kemampuan masing-masing dalam seni lukis. Wow!! hebat, pelajar cikgu.... memang hebat, rajin dan berdisiplin.

Mereka tidak jemu belajar malah seronok pula membuat eksplorasi media yang baru bagi mereka. Mereka hadir selama 3 hari di Studio Seni SMK Bukit Naning untuk mendapat bimbingan melukis dan mewarna.  Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menengah rendah dan menengah atas.

Mereka yang terpilih terdiri daripada; 
Mohd. Raimi Hafis, Muhammad Safri, Muhamad Khairil Azim, Muhd. Zulnahar, Mohd Nor Salehen bin Rashid, Mohd Hafizi bin Hifzullah, Amir Syazli b.Ahmad, Rohaida binti Hadzir, Siti Zulaikha binti Tumari, Norhazimah bt Maan, Auni Hidayah, Safura, Hidana Faisal, Azri Md Nizam, Mohd Faiz dan Mohd Azim.


Berikut sekitar proses penghasilan karya pelajar...



Nah! ini dia hasilnya...ok tak? Cikgu rasa hasil karya mereka mampu diketengahkan.


Hidangan buah-buahan penuh di atas meja. Oppsss.....tak boleh makan! Hanya ilusi saja...
Boleh la anda beri komen tentang hasil kerja rakan-rakan  pelajar ini.

Friday, February 8, 2013

BAHAN KERJA KURSUS KRSV 2013


Berjumpa lagi kita ....saya percaya calon-calon SPM yang mengambil mata pelajaran PSV sudah meneliti set soalan KRSV 2013.  Di sini saya cuba untuk bantu anda mendapatkan bahan kajian portfolio sebagai sumber ilham.  Mungkin ada tajuk-tajuk yang telah menajdi pilihan anda sedia untuk dijawab.  Sebagai langkah awal saya paparkan beberapa koleksi sumber ilham untuk rujukan pelajar-pelajar.
Bagaimanapun ianya hanya sebagai panduan.  Selebihnya atas usaha anda sendiri. Saya akan cuba bantu anda dari masa ke semasa...insyaallah.

Langkah pertama apa yang perl anda lakukan untuk memulakan folio KRSV ialah mencari koleksi gambar sebagai sumber ilham mengikut tajuk yang telah anda pilih.  Saya mencadangkan agar anda bijak membuat kajian. Contohnya saya rujuk kepada arahan soalan yang kedua iaitu pelajar dikehendaki mencari koleksi gambar pelbagai jenis kalender, pelbagai hiasan dinding, pelbagai jenis sarung bantal. Koleksi gambar tidak perlu banyak. Bagi saya 4 keping sudah mencukupi tetapi gambar  kalender hendaklah beraneka reka bentuknya. Begitu juga dengan sarung bantal hendaklah dari motif dan reka bentuk yang pelbagai.  Tujuannya supaya pelajar dapat membuat perbandingan dan mewujudkan idea baru dalam menghasilkan tugasan.

Lambakan gambar yang terlalu banyak (terutama apabila gambar yang diperolehi lebih kurang sama) maka ianya tidak dapat membuahkan idea yang baik. Oleh itu fikirkan secara bijak.  Folio yang tebal tidak bermakna jika tidak menepati kehendak soalan. Ok pelajar-pelajar...selamat melaksanakan tugasan dengan cemerlang!


PORTFOLIO : TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA MOBAIL

1. Koleksi gambar pelbagai arca mobail.



Lagi contoh koleksi gambar arca mobail.....





2. Koleksi gambar pelbagai hidupan laut.






PORTFOLIO : TUGASAN 5
BIDANG : KRAF
TAJUK : UKIRAN KAYU
PRODUK : HIASAN DINDING

1. Koleksi gambar pelbagai hiasan dinding jenis ukiran kayu.

2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham.





PORTFOLIO : TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : IKLAN
PRODUK : KALENDER MEJA TIGA DIMENSI

 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kalendar.


Lagi contoh koleksi gambar Kalender 3D....


Koleksi gambar pelbagai aksi penunggang basikal sebagai sumber ilham.









PORTFOLIO : TUGASAN 9BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN TIMBULAN
PRODUK : HIASAN DINDING


1. Koleksi gambar pelbagai jenis cetakan timbulan.


2. Koleksi gambar pelbagai alatan permainan tradisional sebagai sumber ilham.







PORTFOLIO : TUGASAN 4

BIDANG : KRAF TRADISIONAL
TAJUK : BATIK
PRODUK : SARUNG BANTAL

1. Koleksi pelbagai jenis sarung bantal.






2. Koleksi pelbagai corak batik sebagai sumber ilham.








TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : PENGIKLANAN
PRODUK : PAPAN PERAGA TIGA DIMENSI

1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk papan peraga sebagai sumber ilham.